Rakyat Ingatkan Pengerusi MPN Baik Pulih Negara, Rupanya Baik Pulih kediaman Sendiri

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Isu paling panas hari ini dalam semua media adalah kos ubah suai kediaman Perdana Menteri.

Kos mencecah sehingga RM30 juta.

Dalam keadaan normal kos ini tidaklah dikira sensasi atau “luarbiasa”.

Tapi akibat kos selenggara dan ubah suai ini berlaku ketika kerajaan sibuk mengatakan mereka sedang bertungkus lumus memperbaiki negara maka ianya agak mengejutkan juga.

Rakyat sedang terdesak bagaikan “berperang” mohon segala macam bentuk bantuan seperti “I” sinar , citra dan bermacam-macam lagi, mereka terpaksa pula berdepan dengan karenah birokrasi untuk permohonan tersebut diluluskan tetapi untuk pengubahsuaian kediaman seorang Perdana Menteri, ianya diluluskan dengan sebegitu mudah.

Kini kos pengubahsuaian Seri Perdana menjadi bualan netizen dan rakyat biasa.

Rupa-rupanya, mantan Perdana Menteri ke 8  lebih cenderung menguruskan hal ehwal beliau terlebih dahulu.

Ada pula kata-kata nakal dari netizen, ini projek untuk ujudkan “warchest’ bagi parti BERSATU. melalui ‘offset”.

Harga ubah suai juga sangat mahal, dan hampir sama dengan kos membina sebuah lagi Seri Perdana.

Oleh itu , sangat perlulah mantan Perdana Menteri yang kini menjawat Pengerusi Majlis Pemulihan Negara membuat kenyataan berkenaan kos ini kerana tanpa sebab , Perdana Menteri baru pula yang kena palitannya.

Rakyat berharap mantan Perdana Menteri ke 8 memulihkan negara  tapi sebaliknya beliau membaik pulihkan kediaman sendiri pula.

 

Leave a Reply