Kertas siasatan SPRM kes wang AS$6.94 juta sudah diterima

Hebahkan !!!


ANTARA kereta mewah yang turut disita berhubung kes yang disiasat SPRM

BAHAGIAN Pendakwaan di Pejabat Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan wang AS$6.94 juta telah diterima pada 28 September.

“Bahagian terbabit akan mengkaji dengan teliti dan menyeluruh sebelum sebarang keputusan sama ada membuat pertuduhan atau keluarkan arahan siasatan lanjut,” menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Kenyataan media itu adalah sebagai makluman berhubung perkembangan kes siasatan SPRM sebelumnya yang menahan tiga pegawai kanan berikutan kehilangan wang rampasan bukti kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Negara (MEIO), Datuk Hasahah Abdul Hamid.

Dua daripada suspek yang ditahan ialah pegawai SPRM berpangkat penguasa dan ketua penolong penguasa kanan, masing-masingnya berkhidmat dalam jawatan gred 34 hingga 44.

Berikutan penahan itu, pihak berkuasa telah pun menemukan wang tunai RM50,000 dan beberapa kereta mewah disimpan di tempat letak kereta sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Selain itu, Pegawai SPRM berpangkat penguasa kanan juga didapati tinggal di kediaman mewah selain turut memiliki beberapa buah motosikal berkuasa tinggi. Kesemua harta disita dipercayai bernilai RM1.6 juta.

Leave a Reply