SKMM beri amaran scam ambil alih WhatsApp

Hebahkan !!!

  

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran agar orang ramai berwaspada dengan taktik penipuan dengan mengambil alih aplikasi Whatsapp.

SKMM berkata, orang ramai boleh mengikuti beberapa langkah bagi memastikan akaun Whatsapp dilindungi serta sentiasa peka dan prihatin apabila berada dalam talian.

Menurutnya, orang ramai boleh memasukkan nombor ke pautan http://faq.whatsapp.com/android/verfification/veryfying-your-number.

“Kemudian masukkan kod enam angka yang dihantar melalui pesanan teks ke Whatsapp anda untuk melog keluar penceroboh.

“Anda kemudian mungkin diminta masukkan pesanan dua langkah. Jika tidak mempunyai kod, kemungkinan penceroboh telah mengaktifkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai perlu menunggu tujuh hari untuk mengakses Whatsapp tanpa pesanan dua langkah.

“Anda boleh cuba mengakses akaun Whatsapp sekali lagi pada hari ketujuh.Penceroboh sepatutnya telah dilog keluar apabila memasukkan kod pengesahan.

Leave a Reply