Pusat hiburan mula promosi arak sempena Oktoberfest

Hebahkan !!!

PENGANJURAN dan sambutan Oktoberfest di Malaysia tidak wajar dilakukan secara terbuka

MENJELANG  bulan Oktober dalam beberapa hari lagi, pusat hiburan sudah mula mempromosikan arak sempena Oktoberfest 2021 secara terbuka dan berluasa tanpa sebarang kawalan, yelah menimbulkan rasa kurang senang pelbagai kelompok masyarakat.

Pesta Arak Oktoberfest seperti sudah menjadi sambutan tahunan di negara ini, mengundang kecaman terhadap pihak berkuasa termasuk kerajaan pemerintah yang dikatakan langsung tidak mencerminkan pentadbiran berlandaskan tuntutan ajaran Islam.

Walaupun tohmahan tersebut agak keras, namun realiti yang berlaku seolah mengiyakan dakwaan itu kerana tiada satu pihak pun bertindak menghalang atau menyediakan garis panduan khusus berkaitan kaedah mempromosi budaya hedonism itu

Pusat hiburan  giat  mempromosi minum arak sempena Oktoberfest. itu, rupa-rupanya masih diteruskan walaupun Pas kini sudah berada dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Digembar-gembur sebagai kerajaan Melayu Islam, namun penganjuran pesta arak berasal dari Jerman itu pun masih tidak dapat ditangani  secara holistik.

Sebagai contohnya, publisiti dan promosi secara terbuka menggunakan

media sosial untuk  galakkan pelanggan ke kelab mahupun,  ketika negara masih diancam penularan, Covid-19, dianggap sebagai tidak sensitif.

Laman Facebook Factory 57 Bar & Bistro di dalam hebahannya antara lain memaklumkan tiga jenama minuman keras  disediakan sepanjang hari sementara stok masih ada.

Sebelum ini, semasa tempoh 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), Pas terutamanya begitu lantang membantah penganjuran Oktoberfest.

Pada waktu, itu, dua pemimpin Amanah ketika itu, yang menjadi musuh ketat Pas; Datuk Seri Mujahid Yusof dan Khalid Abdul Samad dilihat menjadi sasaran parti berlogokan bulan itu.

“Nilai ini tidak sesuai dengan budaya tempatan dan tidak sesuai dipromosikan besar-besaran hingga menjadikan suatu fenomena bagi negara kita,” kata Timbalan Presiden Pas itu yang sekarang Menteri Alam Sekitar dan Air.

Untuk rekod, sektor hiburan membabitkan kelab malam, pub dan pusat karaoke dan hiburan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac tahun lalu.

Leave a Reply