5 Kontroversi Terbesar Dicetus Neelofa dalam industri seni, perniagaan

Hebahkan !!!

Nama Neelofa memang tidak asing dalam kalangan peminat industri hiburan dan perniagaan tempatan. Selain cerita kejayaan dalam industri, tidak sunyi juga kontroversi sesetengahnya didakwa sengaja diciptakan Neelofa demi meraih populariti.

Selepas lebih satu dekad, perjalanan karier Neelofa seringkali terpalit dengan bermacam kontroversi sehingga dicop ‘selebriti kontroversi. Wajarkah label itu diletakkan kepadanya atau dia mangsa situasi? Berikut lima kontroversi terbesar melibatkan artis ini untuk hakimi oleh pembaca sendiri.

 

1. Diserang Maria Farida semasa permulaan karier

Kontroversi terawal melibatkan gadis dari Kelantan ini apabila pelakon Maria Farida dikatakan terpaksa melakukan panggilan demi panggilan merayu Neelofa tidak mengganggu teman lelakinya ketika itu, Shah Jaszle pelakon utama filem ‘Azura 2012’

Permintaan Maria Farida telah didedah sendiri Neelofa dalam temubual bersama media. Akhirnya media hiburan melaporkan putusnya hubungan cinta antara kedua-dua disebabkan dakwaan yang dinyatakan.

Seorang wartawan hiburan terkenal negara memberitahu Maria Farida menerima SMS dihantar Shahz, meminta untuk diputuskan hubungan.

 

2. Produk susu pisang dijaja sebagai minuman kesihatan mujarab

Masalah ‘overclaim’ keberkesanan sesuatu produk sering menghambat kalangan usahawan termasuklah   produk Neelofa semasa pelancaran produk susu pisang miliknya.

Susu pisang di bawah jenama ‘Nilofa’ didakwa terlalu banyak manfaat sehinggakan membawa mudarat kepada dirinya sendiri apabila dikriktik pakar pemakanan dan perubatan serta orang ramai khususnya mengenai dakwaankeberkesanan produk tersebut yang dikatakan mengelirukan pengguna.

 

 

3. Hubungan Neelofa, Fazura dan Fattah Amin

Salah satu gosip paling hangat dibincangkan peminat industri hiburan suatu ketika dulu, hubungan cinta tiga segi antara Neelofa dan Fazura yang didakwa berebut sesama untuk memiliki Fattah Amin. .

Neelofa dan Fattah Amin didakwa mula menjalinkan hubungan selepas membintangi siri drama Suri Hati Mr. Pilot. Akhirnya pada penghujung tahun 2017, Fattah Amin dan Fazura melangsungkan pernikahan mengakibatkan banyak pihak mula mengusik Neelofa secara terbuka.

 

 

4. Berulang kali langgar SOP

Sepanjang tempoh PKP berlangsung, nama Neelofa paling sinonim dengan isu pelanggaran SOP. Lebih malang, isu ditimbul olehnya turut sama mengakibatkan sentimen negatif dihambur kepada pihak lain.

Isu pelanggaran pertama adalah di majlis pernikahan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail melanggar arahan penjarakan sosial.  Disebabkan itu, Neelofa didenda RM20,000 sementara suaminya RM10,000, selain 20 ahli keluarga turut didenda RM1,500 setiap seorang menjadikan jumlah kompaun RM60,000.

Belum reda kontroversi, Neelofa dan Haris dilapor berada di Langkawi ekoran gambar-gambar dikongsi – mengakibatkan pihak polis pula menjadi sasaran orang ramai yang pelik bagaimana kebenaran rentas negeri dikeluarkan untuk berbulan madu.

Lebih malang pasangan pengantin baru itu, Neelofa dan suaminya sekali lagi tmbulkan spekulasi selepas gambar mereka berdua didapati hadir ke Nilai, Negeri Sembilan membeli permaidani dan belanjakan lebih RM10,000 untuk 3 helai permaidani import.

 

 

5. Lancar tudung Muslimah di kelab malam Zouk

Selepas bergelar usahawan berjaya serta mempunyai jenama busana sendiri, Neelofa tersilap langkah melancarkan koleksi hijab terbaru keluaran syarikat beliau di sebuah kelab malam terkenal.

Tindakannya ternyata kurang sopan sehingga mengundang kecaman masyarakat yang terkilan dengan langkah usahawan wanita beragama Islam melancarkan hijab kegunaan Muslimah keluarannya.

Dikritik teruk, Neelofa pada awalnya memilih untuk mempertahankan diri kononya atas alasan kos sewa bagaimanapun dia akhirnya akur bahawa keputusan ‘terlebih bijak’ yang diambilnya telah mengundang teguran daripda Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Mohamad Al-Bakri.

Leave a Reply