Laporan Tabung Haji-  Setelah Tanah Dan Aset Umat Islam Tergadai Tiada Kecurian Katanya.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Kini lengkap lah pembohohogan kerajaan Tun Mahathir yang bertunjang dan bersahabat dengan sebuah parti bukan Islam ia itu DAP selama 22 bulan.

Sebaik sahaja Parlimen diberitahu bahawa tiada satu pun kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kecurian di Tabung Haji yang diwar warkan oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan Tun Mahathir , maka lengkapkah “cycle pembohongan” kerajaan Pakatan Harapan.

Setelah berbillion harta dan aset umat Islam tergadai, dividen disakau , tiba-tiba tiada “kes” atas sebab tiada kecurian.

Ye, benar , jika ada pencuri, pasti sekali aset, harta dan tanah yang dijual oleh kerajaan Tun Mahathir itu lah yang patut dicuri oleh “sipencuri” terlebih dahulu.

Jika ada hutang bertimbun timbun yang konon disorok oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib , maka aset, harta dan tanah-tanah yang dijual oleh kerajaan Tun Mahathir itu lah akan dijual atas sebab mahu menimbus hutang.

Tapi tidak, tiap tahun Tabung Haji dibawah kerajaan Barisan Nasional  membuat keuntungan dan menambah aset serta memberi dividen tinggi kepada pencarum dan ‘stakeholder’ yakni umat Islam.

Jika ada kecurian dan rompakan pasti sekali asetnya tergadai, duitnya berkurangan dan Rafizi Ramli menutup akaunnya di Tabung Haji.

Jika kerajaan BN cuba menutup kerugian tahun demi tahun selama 9 tahun, jumlah gali lubang tutup lubang akan “accumulated” dan “snowball” seperti gulungan salji menurun dari bukit yang bermula kecil diatas dan bertambah besar tiba dibawah.

Namun, apalah gunanya umum tiada kecurian hari ini DI Parlimen setelah berbillion jumlah aset diseret masuk ke dalam SPV diketuai seorang bukan Islam Lim Guan Eng ( RM19 BILION) dibawah batang hidung menteri PAN dan Perdana Menteri Parti BERSATU.

Ada tanah Tabung Haji dijual berharga sebuah motosikal Honda cub second hand sahaja sehektar.

Kini ura ura hendak buka RCI pula , tapi bukan RCI yang rakyat hendak tahu, ia sekadar RCI untuk kabui mata.

Terms of reference berkenaan siasatan bukan keatas siapa pembohong melaporkan rugi untuk alasan menjual aset kepada kroni.

RCI juga bukan atas sebab mahu tahu siapa punya kerja menjual tanah dan harta hotel-hotel dengan harga lelong.

Siapa dapat komisyen , siapa pembeli aset , siapa tentukan harga tanah dan aset dilelong, bukan itu, bahkan bukan juga siapa main wayang bagi dividen rendah untuk persepsi Tabung Haji “sudah teruk” , bukan ini semua yang hendak disiasat.

Tapi lebih  kepada cubaan hendak cuci najis kerajaan PH.

Tapi semua sudah telambat , BN dan DSNR sudah digelar penyamun, tanah sudah ditangan kroni ‘orang tertentu’ dan aset sudah diusung ke MoF dan tidak pun jadi kesalahan macam duit 1MDB beli van jenazah.

Kini lengkaplah pembohongan kerajaan PH yang menjadi kerajaan “scammer” selama 22 bulan.

Orang yang mereka dakwa “pencuri” dan “penyamun” mencabar buka siasatan melalui pihak ketiga, tapi yang mengelar orang penyamun pula penakut dan mencari helah untuk menghalang siasatan RCI.

Manifesto mereka tipu jumlah hutang mereka tipu, jumlah cukai mereka tipu dan janji 1 juta pekerjaan dilaksanakan dengan membuang puluhan ribu kakitangan awam.

Malah, kes-kes direka terhadap pemimpin BN dan UMNO jelas sangat lemah dan timbulkan banyak persoalan dan bukan beri jawapan.

Apa yang terlepas dari tangan orang kita kepada orang dia tidak pernah dapat kembali kepada orang kita, dan begitulah tanah tanah miliik Tabung haji.

Ketika Tabung haji mahu membeli sekeping tanah milik 1MDB ia diganggu dan dikacau, tetapi tidak pula ketika hendak dijual oleh PH.

Membeli satu kesalahan, menjual satu kejayaan.

Siapa harus dipersalahkan?

Leave a Reply