Kim Jung-hyun kini sesal selepas cetuskan kontroversi

Hebahkan !!!

DETIK bahagia pasangan kekasih, Jung-hyun dan Ye-ji sebelum berpisah akibat berbeza haluan

PELAKON tinggi lampai, Kim Jung-hyun mengejutkan ramai peminat apabila tiba-tiba muncul semula dalam media sosial selepas beberapa bulan ‘menghilangkan diri’ gara-gara terlibat dengan kontroversi membabitkan bekas kekasihnya, aktres Seo Ye-ji.

Dalam hantaran dimuat naik oleh pelakon drama Welcome To Waikiki itu, mengakui tempoh ketiadaan dia beberapa bulan lalu adalah fasa untuknya bermuhasabah diri.

Katanya, sejak beberapa bulan lalu, dirinya bergelut dengan keadaan emosi yang tidak terkawal tanpa mengetahui arah tuju.

“Saya sibuk mencari diri dan berasa kosong ketika itu, sehingga merasakan sangat sukar mengawalnya tetapi pada masa sama, tempoh itu adalah masa saya bermuhasabah diri.

“Banyak kekurangan diri sendiri, dan sesal kerana selama ini tidak bertanggungjawab atas pilihan telah dilakukan.  Pada masa itu, saya salahkan orang lain dan tidak mampu mengendalikan masalah kesihatan mental yang dialami,” katanya.

Pelakon muda yang mula mencipta nama dalam induistri seni, menambah, dirinya tidak tahu melakukan pekerjaan lain selain daripada berlakon.

Atas sebab itu, katanya, dia merancang masa depan untuk kariernya dengan bernaung di bawah agensi baharu, Story J Company.

“Tanpa mereka, saya takkan mungkin berada di tahap ini. Terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Merekalah yang membuatkan saya kuat. Kalau jatuh, saya akan bangkit semula,” katanya yang dilihat semakin pulih setelah berdepan tekanan dalam hubungan cintanya bersama Seo Ye-ji.

 

Leave a Reply