Bayaran Fasa 3, Rayuan BPR Dikreditkan Mulai Hari ini (28 September)

Hebahkan !!!

BANTUAN Prihatin Rakyat (BPR) adalah antara bantuan kewangan disalurkan kerajaan kepada golongan B40.

Inisiatif tersebut membantu khususnya mereka yang terjejas ekonomi ekoran penularan pandemik Covid-19.

Bantuan yang dibayar secara mengikut fasa itu akan memasuki fasa ke tiga pembayaran kepada penerima.Justeru itu, pembayaran BPR Keluarga Malaysia fasa tiga dan rayuan BPR, akan dikreditkan ke dalam akaun penerima, bermula 28 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pembayaran itu akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.

Menurutnya, untuk fasa tiga, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

Pembayaran fasa berkenaan adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

Ujar beliau, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada penerima yang layak. Pembayaran bantuan itu dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember 2021.

 

Leave a Reply