Dakwaan pemandu perlu serahkan lesen tidak benar – MOT

Hebahkan !!!

 

MENTERI Pengangkutan hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya individu berusia 70 tahun perlu untuk menyerahkan lesen memandu kepada Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ), adalah tidak benar.

Datuk Seri Wee Kah Siong berkata, perkara dirujuk berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 30 Akta Pengangkutan Jalan, membolehkan pemandu kenderaan secara sukarela menyerah lesen kerana faktor kesihatan yang kurang memuaskan sehingga mungkin membahaya pengguna lain.

“Seperti mana dinyatakan dalam kenyataan sebelum ini, tindakan untuk tidak membenarkan warga tua memandu merupakan usaha terakhir yang akan diambil,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik ke akaun Facebooknya, semalam.

Wee merujuk kepada dakwaan netizen bahawa tindakan merampas lesen pemandu yang telah melebihi umur 70 tahun jika didapati memandu, walhal perkara dimaksudkan sebaliknya.

Tidak timbul soal merampas lesen atau seumpama itu, sebaliknya perkara dinyatakan adalah pemandu warga emas secara sukarela boleh menyerahkan lesen jika keadaan kesihatan tidak memuaskan untuk memandu sehingga mampu membahayakan pengguna jalan raya lain

Leave a Reply