Suami telah banyak bimbing saya – Stacy

Hebahkan !!!

 

SETELAH enam tahun bergelar mualaf, penyanyi Stacy Anam mengakui kehidupannya kini jauh sekali berbeza berbanding dahulu yang seperti tiada agama sehinggalah bertemu dengan suaminya, Akim Ahmad.

Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah berkongsi pengalaman indah yang mungkin tidak dilupakan iaitu detik paling bermakna apabila mengambil keputusan mengucap syahadah pada 24 Ogos 2015.

Dulu sebelum memeluk Islam katanya, kehidupan dilalui seperti tiada agama, hidup ketika itu cuma lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengar.

“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati dorong untuk tahu apa itu Islam dan pendekatan digunakan Akim sangat mudah.

“Malah, cara dia bercerita tentang agama Islam nampak ringan dan berterus terang,” katanya yang turut mengakui ketelusan Akim membimbangnya ke jalan Allah telah menarik hatinya.

Menurut Stacy, keikhlasan Akim itu bukan sekadar menjentik hatinya untuk memeluk Islam malahan turut membuka ruang untuknya menerima lelaki itu sebagai teman hidupnya.

“Berkat jodoh kami, pada 26 September 2015 kami bertunang, seterusnya tanggal 5 Februari 2016 pula kami nikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya yang kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

Lebih indah kata Stacy, keputusannya memeluk agama Islam turut mendapat sokongan kedua ibu bapanya yang sanggup terbang dari Sabah untuk bersamanya ketika mengucapkan kalimah syahadah.

Katanya momen pengIslamannya jadi sangat sempurna apabila ibu bapa bersama di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan oleh anak mereka, sementara tiada saudara mara lain mengetahuinya.

“Tetapi apabila gambar dan video kami perkahwinan viral, keadaan bertukar kecoh, namun Akim minta saya banyakkan bersabar dan bertenang,” katanya yang terserlah bahagia bersama suami dan anak-anak.

Leave a Reply