Sakit dalam hidung, perlu dirawat segera

Hebahkan !!!

 

OBJEK dalam hidung pesakit yang berjaya dikeluarkan dikenali sebagai rhinolith

SAKIT dalam hidung seringkali dikaitkan dengan masalah resdung, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa berkemungkinan ia berkaitan penyakit lain berisiko jika dibiarkan berlanjutan.

Seorang pesakit berumur 23 tahun sering alami masalah hidung kirinya berdarah dan ada kalanya hidungnya berbau busuk.

Bermacam jenis ubat sudah dicuba, namun  masih tidak elok, berdarah dan berbau. Walaupun pada peringkat awal masalah ini hanya kadang-kala berlaku, tetapi pelik tiada pula simptom resdung lain.

Tiada bersin, tidak gatal hidung malah leher pun tak membengkak atau apa jua simpton  boleh dikaitkan dengan kanser. Semuanya biasa saja, kata Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan juga Surgeri Kepala & Leher Dr Ezairy M.Sallih.

Beliau berkata, setelah melakukan proses pemeriksaan hidung pesakit menggunakan nasal endoscope bersama paparan skrin, didapati hidung kirinya sudahpun hampir tertutup.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada kotoran hitam berbau di situ. Dengan perlahan saya bersihkan hidungnya, sehingga saya menjumpai sesuatu yang tidak normal dan tidak disangka.

“Jika anda ada tanda dan gejala seperti ini, anda mungkin bukan mengalami resdung, juga mungkin bukan disebabkan kanser. Tetapi adalah sejenis penyakit dipanggil sebagai ‘rhinolith,” kata Dr. Ezairy mengenai sejenis ketulan keras dikenali sebagai Rhinolith.

Apa itu rhinolith?
Menurut Dr. Ezairy, rhinolith berlaku di dalam hidung apabila sesuatu objek atau apa-apa bendasing terlekat terlalu lama dalam hidung akhirnya membentuk sebatian seperti batu rhinolith.

Pesakit katanya, akan mengalami gejala hidung berbau, keluar cecair, sesetengah kes boleh mengakibatkan jangkitan.

Sehubungan itu, kata Doktor pakar ini, pesakit perlu segera mendapatkan rawatan bagi mengenal pasti apakah gejala yang berlaku bagi mengelak timbulnya masalah lebih serius sehingga mengganggu proses pernafasan.

Leave a Reply