Dapat tengok poster pun jadilah’ – kata Zainol Macwilson

Hebahkan !!!

 

 

PELAKON veteran, Zainol Macwilson meluahkan rasa rindu pada anaknya, Zahirah Macwilson selepas sekian lama tidak dapat berjumpa, gara-gara pendamik COVID-19.

Menurut Zainol, beliau yang berada di Perlis, sehingga kini masih belum lagi berpeluang berjumpa dengan anak serta cucu kesayangannya, Issac Raees yang dilahirkan pada awal tahun ini di Perth, Australia.

Kini, anak dan cucunya sudah pulang ke Kuala Lumpur dan menunggu kelapangan masa untuk bertemu ahli keluarga.

“It’s ok kak, papa belum dapat berjumpa dengan kakak dan cucu papa yang comel tu!

“Dapat tengok kakak kat poster telephone Oppo terbaru di merata kedai fon, terubat juga rindu papa. Love you kak,” katanya.

Zainol meluahkan rasa rindu itu di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini. Menerusi entri tersebut Zainol turut memuat naik foto bersama anaknya itu.

Entri tersebut telah mendapat perhatian Zahirah yang kemudiannya memberikan maklum balas dengan berjanji akan berjumpa bapanya tidak lama lagi.

“Love you Papa. See you soon Insya-Allah!” balasnya.

Dalam pada itu, luahan anak beranak itu turut menyentuh hati pengikutnya yang memahami situasi dihadapi oleh mereka.

Salah seorang netizen dalam komennya menyatakan, “Sweet la uncle ni tapi sebak juga rasa bila tak dapat nak jumpa anak cucu menantu kan,” komennya.

“Moga covid ni lenyap dari muka bumi.. boleh kita hidup dalam keaadan normal,” telahan seorang lagi warga maya.

Zahirah melahirkan anak sulungnya 5 Januari lalu di Perth, Australia, hasil mendirikan rumah tangga dengan Aiman Hakim Ridza itu baru sahaja pulang ke Malaysia bulan lalu.

Leave a Reply