Netizen tegur Aiman Hakim tak jaga aib isteri

Hebahkan !!!

 

PETALING JAYA – Pelakon Aiman Hakim Ridza ditegur netizen selepas memuat naik gambar yang menampakkan bahagian belahan dada isterinya yang juga pelakon, Zahirah MacWilson dalam Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Aiman memuat naik beberapa keping gambar bersama isteri serta anak mereka, Isaac Raees yang kini berusia sembilan bulan.

Bagaimanapun, gambar yang dikongsikan pelakon drama Pengantin 100 hari itu meraih perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila pakaian yang dipakai Zahirah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

Sebagai seorang suami, rata-rata peminatnya meminta Aiman untuk memadam foto tersebut bagi menutup aib isterinya.

Bahkan ada juga pengikutnya menyarankan supaya Aiman, 32, memadam gambar tersebut daripada menjadi tatapan orang ramai dalam media sosial.

“Aurat isteri tu nampak. Biarlah untuk tatapanmu sahaja,” ujar seorang pengikutnya dalam Instagram.

“Padam lebih baik sebelum menjadi tatapan ramai,” tegur seorang lagi pengikutnya.

“Suami jagalah aurat isterimu khas untuk tontonan dirimu sahaja. Suka ke orang lain tengok aurat isteri awak?” kata seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang menasihati pengguna lain supaya menjaga bahasa dalam memberi teguran dengan cara baik supaya tidak menjatuhkan air muka seseorang.

Sekadar info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di GlamHall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Pasangan itu kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pada 5 Januari lalu yang dilahirkan di Australia. – K! ONLINE

Leave a Reply