Lagu sentuhan anak tempatan, bergelar juara di Toronto, Kanada

Hebahkan !!!

SIFAR telah berjaya mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa setelah lagu itu dinobat sebagai juara kategori Music is Key dalam pertandingan berlangsung di Toronto, Kanada baru-baru ini.

Lagu hasil ciptaan komposer muda tempatan berbakat Asfan Shah, Lady D, Tripdisk serta rapper Kmy Kmo itu menarik perhatian pendengar antarabangsa sehingga berjaya meraih kemenangan ketiga di luar negara.

Selain diiktiraf antarabangsa, lagu sentuhan anak muda Malaysia terbitan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu turut memaparkan mesej jelas usaha pencegahan, melayakkannya dinobat juara pertandingan International Media Festival For Prevention 2021.

Sebelum ini, Sifar meraih tempat ketiga dalam pertandingan di Turki, diikuti tempat pertama di Jerman dan kini sekali lagi mengekalkan prestijnya di Toronto, Kanada.

Pencapaian dilakar karya seni ini menjadikan kerjasama PERKESO dengan empat penggiat seni tempatan ini bukan sahaja tepat malah berbaloi untuk melakar jenama pertubuhan itu di pentas dunia.

Paling menarik, dalam pertandingan di Toronto, Kanada, lagu Sifar bersaing sengit dengan menewaskan 289 buah lagu lain daripada 40 negara yang mengambil bahagian.

Ini secara langsung membuktikan bakat hebat dimiliki anak Malaysia bukan sahaja menghasil gubahan lagu menarik malah menepati kelompok sasar pendengar iaitu kumpulan berisiko yang gunajalan raya setiap hari

Kombinasi lirik, lagu dan iramanya yang lunak, meletakkan lagu berjudul Sifar ini mempunyai mesej mudah difahami serta jelas menonjol berbanding lagu-lagu lain bersaingan dengannya bagi kategori Music is Key.

Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed menyifatkan, lagu Sifar sangat ketara menonjol kerana membawa identiti Malaysia yang sebenar di samping tajuk dan mesej yang disampaikan jelas.

“Lagu ini memaparkan nasihat yang konkrit untuk para pendengar, namun apa yang sangat tidak disangka ialah penerimaan peminat antarabangsa terhadap lagu ini.

“Rata-rata pendengar menghayati lagu ini selain memahami mesej nasihat yang diberikan kepada pendengar, ternyata lagu Sifar ini membawa bersama semangat dan jiwa Malaysia di persada antarabangsa.

Leave a Reply