MyCar mohon pertimbangkan pemandu warga emas

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR / Pic

TERDAPAT lebih 25 peratus pemandu MyCar berusia 60 tahun ke atas di seluruh negara.

PENGUSAHA syarikat E-hailing tempatan, MyCar memohon pertimbangan kerajaan bagi meneliti keputusan perlesenan warga emas menjadi pemandu perkhidmatan E-hailing.

Ketua Pegawai Operasi Platform Apps Sdn Bhd (MyCar) Mohd Noah Maideen berkata, perkara itu perlukan pertimbangan teliti kerana terdapat lebih 25 peratus pemandu MyCar kini berusia 60 tahun ke atas.

Katanya, yang lebih penting serta harus diberikan penekanan ialah mereka mesti masih cergas dan memandu dengan komited, berdisplin serta berhemah di jalan raya.

“Setakat ini, kami MyCar nyata gembira dengan perkhidmatan yang mereka berikan disebab oleh komitmen mereka memudahkan pengoperasian pekhidmatan kami tawarkan.

“MyCar bersetuju sekiranya kelas latihan dan pandu uji ringkas dilaksana terlebih dahulu untuk pemandu berusia 65 tahun ke atas bagi menilai keupayaan mereka ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Mohd Noah, pendekatan itu juga dilihat lebih adil serta seimbang untuk membolehkan warga emas masih cergas dan sihat berpeluang bagi menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Katanya, atas dasar kepentingan bersama, kerajaan wajar mempertimbang keperluan berkaitan supaya keputusan dapat dibuat secara kolektif memanfaatkan semua iaitu penyedia E-hailing, pemandu dan pengguna

“Kami berharap perkhidmatan warga emas sebagai pemandu E-Hailing adalah wajar diteruskan, jadi MyCar ingin mencadangkan kaedah latihan serta pandu uji ringkas dapat dijalankan untuk memastikan kompetensi serta kecergasan pemandu dapat diuji,” tegasnya.

Leave a Reply