“Najib The Return” Dan Perjanjian “Gentleman” Bersama Ismail Sabri Tulisan Jocelin Tan

Hebahkan !!!

Oleh ; Sirajuddin Ahmad

Menarik juga kesimpulan yang dibuat oleh Wartawan Senior  dan penulis politik tersohor Jocelin Tan,

Bagi mereka yang tidak kenal siapa JT , maka mereka tidak berhak masuk campur perbincangan politik atau mungkin tidak membaca rencana politik dalam bahasa Inggeris.

Jocelin merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib ketika berwawancara dengan Media Reuters.

Antara yang ditulis oleh JT dalam rencananya adalah kekerapan pertemuan oleh Ketua-Ketua bahagian UMNO bersama DSNR dan juga perbincangan hingga larut malam.

JT turut menyatakan adakah DSNR tahu implikasi berkenaan membuat “comeback” sambil dibebani kes-kes mahkamah yang dikenakan oleh kerajaan Tun Mahathir terhadap nya?

Namun JT “playsafe” dan berkata mungkin Najib tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu.

Untuk menjawap persoalan usaha “comeback” DSNR yang menjadi bualan dunia politik , DSNR telah mengambil langkah pemula dengan memberitahu Reuters , bahawa dia bermaksud untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan terlebih dahulu dan itu adalah langkah utama.

JT juga turut menulis bahawa DSNR sudah lama didalam politik dan dikira sebagai “polished politician” dan amat tahu mengatur gerak langkahnya.

‘Najib has kept busy since his fall and he is said to have several meetings a day, some of which go on till the early hours of the morning’

Menurut maklumat sorang pemimpin UMNO yang memberi maklum kepada JT, bahawa ujud pertemuan dengan ramai Ketua Bahagian UMNO besama Najib menjadi-jadi sejak sebulan dua ini.

“Yes, it’s true, Najib wants to come back as Umno president. The intention is there,” said a division leader who attended one of the meetings.

 JT juga turut mengandaikan bahawa Najib sedang melaksanakan kerja menilai dan mengukur “mood” penerimaan orang UMNO.

Apapun, Najib dilaporkan telah memberitahu bahawa dia tidak berminat menjadi Perdana Menteri dan hanya mahu memperkasakan dan bina semula parti UMNO.

Semuanya bergantung kepada kes-kesnya dan akan membuat keputusan apabila tiba waktu yang sesuai.

Selain itu, telah tersebar juga cerita berkenaan “Perjanjian Gentleman” yang telah dibuat antara DSNR dan Datuk Ismail Sabri.

Kononnya Najib akan kawal UMNO dan Ismail Sabri akan kawal negara.

Turut ditulis adalah bahawa , Najib akan tanding jawatan Presiden dan Ismail jawatan Timbalan Presiden.

Ia umpama “dream team” tapi mimpi tidak selalu jadi kenyataan , kata Jocelin.

Ada beberapa Ketua Bahagian mengaku bahawa jenama “Bossku” masih terlalu gagah dalam UMNO dan jika bertanding untuk jawatan Presiden pasti akan menang dengan mudah.

Apapun pendapat ini juga ada yang menyangkal, pihak ini berkata ,mungkin Bossku terbaik, tapi waktu untuk kepiminan baru naik juga harus di ambil kira dan orang seperti “Bossku” sesuai menjadi mentor dan penasihat.

Apapun ini semua andaian dan pendapat sahaja, didalam politik macam macam perkara boleh berlaku tanpa diduga, pembaca boleh merujuk kepada tulisan Jocelin Tan untuk mengetahui lebih tentang kisah ‘The Return’ Bossku ini dari tulisan JT di akhbar TheStar.

Leave a Reply