Video lucah mirip Ebit Lew, Penjelasan Pian Kpop buat ramai warganet setuju

Hebahkan !!!

 

 

GAMAT berkaitan video lucah memaparkan wajah menyerupai pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew kembali hangat diperkatakan netizen. Ada yang tidak sanggup menontonnya kerana Ebit yang dikenali bukanlah seperti dilihat dalam video tersebut.

Ramai percaya perkara itu hasil pengkhianat berhati hitam demi merosakkan imej pendakwah bebas tersebut yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutama kerja-kerja dakwah dilakukannya.

Tidak kurang juga yang yakin bahawa video tersebut menggunakan teknik suntingan video yang mampu mengubah wajah seseorang dalam video.

Pian Kpop Tampil Perjelaskan
Pian K-Pop yang sering memuat naik video di Facebook tentang kehidupan sehariannya yang dramatik termasuk beberapa sedih ditinggalkan kekasih, baru-baru ini telah berkongsi pandangan berhubung isu melibatkan Ebit Lew.

“Di akhir zaman nanti, orang baik akan dituduh sebagai jahat, saya bagi jaminan Ustaz Ebit Lew difitnah. Saya belajar C++, pereka grafik dan programer,” kata Pian sambil menambah, zaman teknologi kini, muka seseorang mudah dimanipulasi.

Deepfake video lucah Ebit Lew? Ketahui teknologi video pengganti wajah yang paling ditakuti ini

Di zaman sekarang manipulasi digital lebih mudah dilakukan. Seperti teknologi disebut deepfake, yang dipercayai memiliki kemampuan memanipulasi wajah seseorang dalam video melalui kecerdasan buatan.

Melalui teknologi ini, wajah seseorang dalam video dapat ditukar kepada wajah orang lain. Teknik  manipulasi video, tipuan menjadi lebih nyata. Oleh itu, kita perlu lebih berwaspada dan tidak tertipu.

Lihat video di bawah teknik manipulasi penipuan imej wajah:

Latar info teknologi Deepfake
Pertama kali diperkenalkan pada 2017, deepfake adalah teknik kejuruteraan imej manusia menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Ia berfungsi menggabungkan gambar atau video asal dengan gambar atau video yang ingin dimanipulasi.

Pada tahun 2018, aplikasi FakeApp dilancarkan dan melalui aplikasi ini, pengguna dapat meng’edit’ dan menukar wajah orang dengan ‘output’ video. Dengan mengguna algoritma dan teknologi khas,FakeApp, dapat membuat rekonstruksi wajah yang tepat dan menekapkannya dalam video atau gambar bergerak.

Bahayanya Deepfakes
Berhubung isu video lucah menyerupai Ebit Lew, tidak mustahil ia adalah Deepfake kerana kecanggihan, teknologi ini sering diguna untuk jenayah seperti membuat kandungan pornografi melibatkan selebriti atau orang yang dikenali  bertujuan membalas dendam, atau muslihat jahat.

Harus ingat, Ebit Lew bukanlah satu-satunya selebriti yang menjadi mngsa. Beberapa tokoh dan selebriti popular juga pernah menjadi mangsa deepfakes. Ini termasuk Daisy Ridley dan Gal Gadot selain Emma Watson, Katy Perry, Taylor Swift dan Scarlett Johansson.

Di Malaysia pula, beberapa selebriti turut pernah menjadi mangsa antaranya aktor Zulariffi, Idris Khan selain ahli politik. Secara jelas kita dapat tahu serba sedikit keupayaan teknologi untuk memanipualsi kebenaran, dan apa agenda mereka melakukan muslihat jahat ini.

Deepfakes dapat mengancam reputasi, imej dan kredibiliti seseorang, terutama jika deepfake dihasilkan kelihatan nyata dan serupa dengan yang asli. Oleh kerana deepfake menjatuhkan reputasi seseorang, penciptaan kandungannya dapat diadili secara sah.

Pada dasarnya, melawan deepfakes sama dengan hoaks dan berita palsu. Pertama, jangan cepat percaya berita tersebar, walaupun dalam bentuk video, sebaliknya semak kebenaran dari pelbagai sumber.

Sementara itu, video dan pesanan teks tidak senonoh tular di aplikasi Telegram didakwa membabitkan pendakwah popular Ebit Lew mengganggu siasatan sedang dijalankan, kata polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kertas siasatannya telah dibuka untuk menyiasat dakwaan gangguan seksual terhadap pendakwah dermawan itu.

Sehubungan itu, Abd. Jalil menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan gangguan seksual membabitkan pendakwah itu memaklumkan polis, bukan menyebarkannya di media sosial.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil terus ke Bukit Aman bagi membantu (polis) melengkapkan siasatan,” katanya sambil menjelaskan, polis menyiasat berdasarkan Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ebit sebelum ini menegaskan, dakwaan ke atasnya bersifat fitnah dan kejam dan beliau menyerahkannya kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Leave a Reply