Negara Berisiko Rugi Ratusan Billion Pelaburan, SPRM dan LHDN Perlu DiRombak

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

“Billion of investment opportunites is at risk”

Jika rakyat masih belum faham apa yang berada didalam risiko, biar kami di MyNews.online beritahu.

Setelah membaca banyak laporan berkenaan perniagaan, maka rumusan yang boleh dibuat – tiada pelabur yakin dengan sistem kenegaraan kita yang begitu rosak dan hancur semenjak 22 bulan diperintah oleh Pakatan Harapan.

Bukan sahaja, sudah terkenal dengan pembatalan perjanjian bertulis dengan beberapa negara termasuk China, Singapura dan Arab Saudi ,  malah kerajaan PH ‘revamp” polisi asas dalam negara.

Itulah akibatnya tersilap pilih kerajaan.

Bersama kesilapan itu berpuluh billion lesap dari poket rakyat melalui dividen dividen yang rendah Ketika kerajaan PH mengambil alih sambil aset aset rakyat jatuh ketangan orang lain.

Kini, dengan isu terbaru membabitkan integriti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) maka imej negara bertambah parah.

Badan yang diamanahkan untuk menjaga negara dan rakyat pula sedang disiasat oleh Polis.

SPRM dengan isu Pegawai nya, miliki senjata bukan senjata rasmi dan juga dadah.

Sambil itu , didakwa menukar wang orang kena tahan dengan wang palsu, atau juga ambil wang orang kena tuduh.

Sebelum ini, SPRM telah terkenal di MEDSOS dan bualan rakyat , sebagai cawangan parti Politik dan  alat untuk “seorang” politikus yang mengenakan musuhnya dengan dakwaan selektif sambil pelaku sama yang melompat kepadanya tidak dikenakan apa-apa.

Sambil itu satu kes berkaitan kroni politikus ini didakwa oleh bualan rakyat telah dibantu oleh SPRM untuk menghalang kenyataan akaun banknya didedah dimahkamah.

Maka seruan dari beberapa ahli politik pembangkang mahu Komisioner SPRM Datuk Azam Baki direhatkan sementara adalah sangat rasional walaupun yang mengesyorkannya juga bersalah menggunakan agensi ini ketika mereka jadi kerajaan.

Jika Tindakan agensi sudah pun boleh diinterprasi oleh orang biasa, maka jelas sekali reputasinya sudah kelaut.

Dalam hal ini, perkara sama juga harus dikenakan terhadap Ketua Pengarah LHDN.

Ini atas sebab laporan Polis juga telah dibuat berkenaan Agensi ini juga dipergunakan oleh orang politik dengan mengunakan pegawai LHDN membuat perkiraan cukai menggunakan dokumen palsu dan kiraan palsu bertujuan untuk membenam kerjaya politik musuh mereka.

Agensi kerajaan menjadi alat politik pihak tertentu seolah olah dakwaan bertaraf ‘pick and choose” secara “happy go lucky”.

Apa yang pelik, kedua agensi kerajaan ini pula tidak cuba sembunyi yang dakwaan mereka hanya ditujukan kepada ahli politik dari parti-parti tertentu sahaja.

Maka saranan agar Kepala SPRM , Azam Baki direhatkan sangat wajar dan sepatutnya KP LHDN juga direhatkan sama.

Negara akan dijauhi jika imej dan reputasi agensi kerajaan sudah diketahui dikuasai oleh pihak tertentu.

Negara manakah dalam dunia mahu melabur membawa berbilion billion kedalam negara yang agensi kerajaannya sangat “suspek” dan tidak boleh dipercayai?

Ya, Malaysia mungkin boleh dapat pelabur tapi pelabur kelas 3 atau pun menjadi negara “last choice” setelah mereka gagal runding terbaik dengan Vietnam, Singapura dan Indonesia.

Sambil itu perolehi “profit margin” yang tipis sahaja kerana negotiasi melampau atas sebab mahu sangat pelabur itu melabur dan  setelah “waive” macam macam untuk memikat mereka.

Maka segera lah rehatkan kedua kepala agensi SPRM dan LHDN agar Polis boleh jalankan siasatan dan  jika boleh “rebranding” semula agensi agensi yang sudah tercemar namanya ini

2 thoughts on “Negara Berisiko Rugi Ratusan Billion Pelaburan, SPRM dan LHDN Perlu DiRombak

  • September 25, 2021 at 7:58 am
    Permalink

    Nak pelik apa. Sebelum ph merintah pun mmg Malaysia ni negara kuat rasuah kedarah.. Tgk je la kes2 pemimpin umno berapa ramai dah terpalit dengan isu rasuah.. Salah guna kuasa.. Kita rakyat ni yg lebih tahu game dari puak2 politik ni..

    Reply
    • September 27, 2021 at 7:55 pm
      Permalink

      sb pemimpin umno shj yg tun m dakwa

      Reply

Leave a Reply