Tindakan Ahli Parlimen ‘ponteng’ memalukan, rosakkan imej Dewan Rakyat

Hebahkan !!!

a group of people sitting at a table in a restaurant: Kumpulan NGO tersebut menggesa permohonan maaf dan menyelar tindakan yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu. (Gambar Bernama)© Provided by Free Malaysia Today Kumpulan NGO tersebut menggesa permohonan maaf dan menyelar tindakan yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Insiden 201 (91%) Ahli Parlimen ‘ponteng’ atau tidak hadir ke sesi persidangan Dewan Rakyat sangat memalukan dan disifatkan sebagai satu penghinaan selain mencemarkan imej selaku wakil rakyat yang memikul amanah.

Menerusi kenyataan, Komuniti Perintis Untuk Parlimen Profesional (SEED) berkata, tindakan Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan persidangan ditangguhkan kerana jumlah anggota yang hadir tidak memenuhi kuorum ditetapkan, iaitu 26 Ahli Parlimen.

“Kami membidas insiden yang memalukan dengan 201 (91%) Ahli Parlimen telah ponteng sidang dan boleh dianggap sebagai menghina dewan yang mulia serta mencemarkan imej selaku wakil rakyat yang memikul amanah berat daripada rakyat.

“Sikap acuh tidak acuh ini mencerminkan ketidakseriusan para Ahli Parlimen tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam menjalankan tanggungjawab, menjaga disiplin dan amanah ketika sesi persidangan Parlimen masih berjalan,” kata mereka.

SEED terdiri daripada kumpulan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), ENGAGE, Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM), Persatuan Pengundi Muda (UNDI18), Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Bait Al-Amanah menerusi satu kenyataan bersama.

Sehubungan itu, NGO tersebut menggesa agar ketua whip parti memohon maaf terbuka dan tanpa syarat kepada rakyat Malaysia atas sikap tidak bersyukur dan kegagalan gabungan atau parti mereka memastikan Parlimen dapat berjalan setelah diberi amanah.

Selain itu, gabungan dan setiap Ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat di Dewan Rakyat juga diminta memastikan wujudnya penyelarasan dalaman dan antara parti atau gabungan.

Ia bagi menjamin kehadiran sekurang-kurangnya 50% ahli pada bila-bila masa semasa persidangan, kehadiran sekurang-kurangnya 50% hari persidangan bagi setiap Ahli Parlimen dan tidak lagi gagal mencapai kuorum 26 orang ahli pada setiap sesi persidangan.

Leave a Reply