a group of people with luggage at an airport: Dr Noor Azmi Ghazali berkata, surat yang tular mengatakan program vaksinasi remaja secara jumpa terus bermula esok ditutup dan batal adalah palsu.© Provided by Free Malaysia Today Dr Noor Azmi Ghazali berkata, surat yang tular mengatakan program vaksinasi remaja secara jumpa terus bermula esok ditutup dan batal adalah palsu.PETALING JAYA: Dakwaan melalui satu surat yang tular mengatakan program pemberian vaksin kepada remaja secara ‘walk-in’ di seluruh negara adalah batal dan ditutup palsu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Omar.

Beliau yang juga Penyelaras Program Vaksinasi Remaja berkata, apa yang tular itu juga tidak benar.

“Tidak benar,” kata Azmi ringkas kepada FMT ketika ditanya mengenai penyebaran surat berkenaan yang tular di media sosial.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), Anas Alam Faizli berkata, pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja akan diteruskan seperti biasa sepertimana pengumuman dibuat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan timbalannya, Azmi.

“Ia diteruskan sepertimana pengumuman menteri kesihatan dan timbalan menteri,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu tular satu surat dari Bahagian Pembangunan Keluarga Kementerian Kesihatan (KKM) bertarikh 21 Sept (semalam) yang memaklumkan pembatalan surat pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi remaja secara “walk in” di PPV awam dan integrasi di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sehingga PPV ditutup bermula esok.

Pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja dimulakan secara rasmi pada Isnin lalu sementara pemberian vaksin untuk remaja secara ‘walk-in’ atau jumpa terus akan bermula esok di 156 pusat PPV di seluruh negara melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.