Penyampai Wahyu 1MDB PH , Clare Brown Gagal Muncul DiMahkamah Terengganu.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Mahkamah Majistret Terengganu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Editor Sarawak Report , Clare Brown atas sebab gagal munculkan diri dimahkamah Kuala Terengganu.

Clare Brown yang selama ini menjadi penyampai wahyu berkenaan cerita 1MDB dan Najib Razak melalui media beliau Sarawak report  yang sangat dipercayaai oleh ramai rakyat Malaysia rupanya tiada keberanian menghadiri mahkamah membawa kesemua bukti-buktinya terhadap apa yang dia katakan selama ini terhadap pihak lain.

Maka atas sebab kegagalan munculkan diri maka mahkamah majistret KT telah megeluarkan waran tangkap.

 

Berita berkenaan waran tangkap ini tidak menjadi viral oleh media pro Pakatan Harapan atas sebab mungkin mereka malu untuk melaporkan penyampai wahyu 1MDB mereka sebenarnya ketiadaan bukti terhadap apa apa yang sering ditulisnya.

Clare Brown tidak perlu takut diapa-apa kan atas sebab hal kehadiran, atas sebab selalunya akan mendapat perlindungan Polis dan Kedutaan British.

Maka tiada lah alasan untuk takut menghadiri kes memfitnah Sultanah Nur Zahirah.

Jika pembaca masih ingat Ketika memfitnah Datuk Seri Najib , Cb mendakwa bukti yang beliau ada tentang dakwaannya umpama “smoking guns” yakni seolah-olah asap muncung senapang yang masih berasap baru menembak peluru.

Begitu lah kuatnya dakwaan fitnah, namun akhirnya sehari pun pendakwa tidak pergunakannya untuk pembuktian.

Sekadar untuk sebaran persepsi sahaja.

Ia sama dengan Tun Mahathir yang gebang billion billion tapi tidak berani masuk mahkamah walaupun sehari beri bukti dan  keterangan.

Malah kroni Tun Mahathir sendiri TS Zeti dihalang oleh SPRM mendedah statement akaun keluarga dimahkamah seperti diminta oleh pihak pembela.

Cakap berdegar degar namun hendak pamir statement bekas Gabenor pun  tidak berani.

Kembali kepada Clare Brown yang licik guna muslihat Ketika kes RM90 juta Haji Hadi dengan mengetahui kelemahan kewangan Haji Hadi telah memfail saman counter kerana mengetahui kewangan terhad  terhadap biayai kes asal , maka pasti akan gagal cari wang bayar guaman untuk kes counter sambil tinggal di London sepanjang kes.

CB telah gagal menjawap soalan tersangat basik ia itu RM90 juta telah masuk dibank mana pada berapa haribulan dan akhirnya menyebut sumber beliau ada lah Ambiga.

Kini CB telah dikenakan waran tangkap atas sebab bacul untuk hadirkan diri menjawap dan membawa bukti-buktinya tentang apa yang ditulis.

Ini lah apabila penipu, lama mana sangat boleh menipu, akhirnya terlondeh juga.

Kita tunggu muslihat alasan apa yang akan diberi.

Leave a Reply