Offspring SEDANIA tembus pasaran Bahrain

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR


PERTUMBUHAN pasaran saham SEANIA positif

SEDANIA Innovator Berhad (SEDANIA), melalui anak syarikatnya Offspring Inc Sdn. Bhd telah meluaskan perniagaan ke pasaran Timur Tengah bermula di Bahrain.

Pengasas dan Pengarah Urusan SEDANIA, Datuk Azrin Mohd Noor dalam kenyataannya berkata, selain Bahrain Negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Oman, Kuwait, Qatar, dan UAE mencatat kadar kelahiran lebih sejuta bayi, memiliki kuasa membeli yang tinggi,

Atas faktor tersebut, Offspring merancang untuk mengembangkan perniagaan ke negara-negara jiran Bahrain itu dengan unjuran pasaran bernilai RM35 juta sebulan.

Beliau berkata, dengan pembukaan pasaran yang baharu ini, Offspring kini menakluki lima wilayah seluruh dunia iaitu Asia, Amerika, Eropah, Afrika, dan juga Timur Tengah.

KUALA LUMPUR 19 SEPTEMBER 2016. Sedania Group Managing Director, Datuk Azrin Mohd Noor during interview session at Kuala Lumpur Convention Centre. NSTP/ HAFIZ SOHAIMI

“Berikutan kejayaan meneroka pasaran di semua 17 buah negara, Offspring Inc. sekali lagi tanda titik penting dengan usaha pertama mereka ke pasaran wilayah Teluk.

“Kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi di Bahrain dan perancangan strategik kami adalah untuk menfokus kepada pengukuhan pengenalan jenama sambil memenuhi permintaan yang tinggi dari pasaran baharu.

“Kami telah menerima pesanan yang besar dari Bahrain sejurus selepas perjanjian perkongsian kami dimeterai”, tambah beliau.

Sementara itu, Bank Dunia telah mengklasifikasi Bahrain sebagai negara berkadar pendapatan isi rumah yang tinggi dengan anggaran setiap isi rumah sebanyak menjana USD55,000 setahun dan penduduk Bahrain boleh dianggap sasaran pengguna yang ideal untuk semua sektor niaga termasuk produk keperluan asas.

SEDANIA memiliki 51 peratus kepentingan dalam Offspring Inc., iaitu syarikat teknologi kesihatan yang memberi tumpuan khusus pada penjagaan awal kanak-kanak, antaranya menghasilkan produk bayi organik yang berkualiti tinggi.

Leave a Reply