Elyana Dedah Sudah Lebih Sebulan Menahan Sakit

Hebahkan !!!

 

“Hari ini masuk Painkiller, Steroid dan Ambil Darah”. Itu antara kemaskini dimuat naik oleh Elyana yang diketahui umum menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu.

Pemilik nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal berkongsi perkembangan terbaharu tahap kesihatannya  menerusi entri terkini di akaun Instagram miliknya.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata  itu, tahap kesihatan dirinya kurang baik sebelum menjalani rawatan kemoterapi pada Sabtu depan.

Katanya, Elyana, dia sudah lebih sebulan tidak boleh tidur lena gara-gara menahan kesakitan penyakit yang dialaminya.

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur. Akhirnya saya mengalah. Hari ni masuk painkiller,steroid dan ambil darah. untuk Covid test memang wajib.

“Esok check jantung. Lusa buat Pet Scan. Seterusnya Chemotherapy….Bismillahirrahmannirrahim..
You can do it Nana!!!,” tulis Elyana seolah-oleh memberikan semangat untuk dirinya sendiri.

Meninjau di ruangan komen tersebut, rata-rata peminat menitipkan ucapan agar penyanyi yang sinonim dengan lagu Kalis Rindu ini diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala.

Moga dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesembuhan segera.. Amiiin,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga Allah memberikan kesihatan & ketenangan kepada you El! YOU CAN DO IT! You’re gonna win the battle!,” titip seorang warganet yang lain.

“Syafakillah adikku @elyanaofficial1,  menulis ..Akk doakan Nana kuat! Insyaallah semoga Allah kurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan Nana..sabar & zikir bnyk² ye,” titip doa daripada peminat.

Terdahulu, Elyana pernah memaklumkan penyakit kanser yang dialaminya sudah merebak sehingga ke bahagian rahim, hati dan pangkal peha.

 

 

 

Leave a Reply