Kita hormat prinsip Ku Li, tapi kalau nak letak jawatan, ia perkara biasa, kata ahli MKT Umno

Hebahkan !!!
Tengku Razaleigh Hamzah wearing glasses: Pagi tadi, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat Umno susulan kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.©
Pagi tadi, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat Umno susulan kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.KUANTAN: Isu peletakan jawatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat Umno adalah perkara biasa dalam parti, kata Mohd Sharkar Shamsuddin.

Bercakap kepada FMT, beliau yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, selagi Tengku Razaleigh masih ahli Umno, ini bermakna beliau masih bersama parti itu.

Katanya, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li sememangnya dari dulu lagi merupakan seorang yang berkecuali kerana itu adalah pandangan peribadi beliau dan semua pihak perlu menghormatinya.

“Saya pun baca ucapan beliau di Parlimen semalam dan kita hormati pandangan itu. Soal letak jawatan itu biasalah… macam dulu pun ada yang letak jawatan. Shamsul (Anuar Nasarah) pun letak jawatan menteri sebelum ini.

“Ia berkaitan dengan prinsip, kita hormati prinsip beliau dan kalau tidak setuju, letak jawatanlah, ia perkara biasa,” katanya.

Pagi tadi, Tengku Razaleigh dilaporkan meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat Umno susulan kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Surat peletakan jawatan itu dikatakan sudah diserahkan kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lalu.

Ketika ditanya dakwaan Tengku Razaleigh mengenai Umno lama dan Umno baharu, Sharkar yang juga timbalan pengerusi Umno Pahang menegaskan perkara itu tidak timbul dan Umno masih lagi satu seperti sebelumnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata, terpulang kepada Tengku Razaleigh sama ada mahu berundur dan meletakkan jawatan.

“Perkara ini tidak perlu dikomen, beliau pun sudah berusia dan terpulang kepada beliau untuk beransur (berundur),” katanya kepada FMT.

Leave a Reply