Cadangan naikkan Dana Covid-19 kepada RM110 bilion

Hebahkan !!!

CADANGAN untuk menaikkan siling dana Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19) akan dibentangkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) pada persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa kenaikan daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion adalah kerana komitmen bayaran keseluruhan telah mencecah RM91.8 billion.

Beliau berkata masih terdapat beberapa inisiatif yang akan tamat pada Disember 2021, seperti Bantuan Khas COVID-19, Geran Khas Prihatin 4.0, Bantuan Kehilangan Pekerjaan dan diskaun bil elektrik.

“Terdapat juga beberapa inisiatif kerajaan yang melangkau ke 2022, iaitu Program Subsidi Upah, Program Pengekalan Pekerjaan, Program Insentif Pengambilan Pekerja, Program Kemahiran dan Latihan, Jaringan Prihatin dan perbelanjaan berkaitan COVID-19.

“Program berskala kecil lain turut mengalami kelewatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka melangkau sehingga tahun depan,” katanya.

Yamani Hafez berkata demikian semasa penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu (22 Sept).

— BebasNews

Leave a Reply