SPRM Alami “Trust Defecit”, Hanya Perletakan Jawatan Dan Pendakwaan Pihak Tertentu Boleh Pulihkan Imej

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Nampaknya skandal Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Pegawainya sendiri semakin ,menjadi isu “panas” dan bualan masyarakat.

Ia seolah-olah SPRM cuba menutup kesnya sendiri atau mencari jalan keluar.

Integriti SPRM yang mula hancur Ketika Ketua Pengarah lantikan Tun Mahathir Lateefa Koya mendedahkan bualan sulit pemimpin negara kepada umum, kini imejnya kian parah.

Ketika itu apa yang sepatutnya menjadi bahan rahsia risikan dan inteligen hanya untuk kepentingan agensi bertindak didedahkan kepada umum.

Maka seluruh dunia mengetahui agensi miliki alat merakam dan menggunakannya.

Sedangkan negara lain seperti Singapura miliki alat risikan lebih canggih tapi merahsiakan penggunaan dan  hasil intipan mereka.

Mereka hanya bertindak dari apa yang di intip dan tidak dedah cara intipan.

Tapi begitulah apabila agensi ikut telunjuk orang politik.

Ketika pendedahan bualan dibuat oleh KP SPRM, ia juga menunjukkan Ketika Perdana Menteri masih Datuk Seri Najib Razak intipan bualan sudah pun dilakukan, ia mengambarkan KP SPRM atau SPRM merujuk kepada kehendak orang lain yang lebih berpengaruh terhadap agensi.

Umum boleh teka siapa musuh Perdana Menteri Ketika itu.

Kini apabila muncul skandal  3 Pegawai SPRM menukar wang orang kena dakwa dari wang tulin kepada wang palsu, nama buruk SPRM menjadi bertambah hodoh.

Sudah hodoh berbau busuk pula atas sebab tidak dilaporkan kes kepada Polis , seolah olah cuba selesai sendiri atau jika boleh diandaikan cuba cari jalan keluar sendiri.

Menurut Datuk Dr Puad Zarkashi, hanya setelah dipenghujung hari reman sahaja baru terdedah.

Ini semua melambangkan agensi sangat tercemar dan tidak telus.

Sudahlah bualan dimedsos mengesyaki Agensi hanya suka pekenakan pemimpin umno sahaja dan selektif dalam membuka kes, ditambah pula dengan skandal terbaru, sahlah nama agensi kian membusuk.

Pada kes 1MDB  beberapa tahun lalu, KP SPRM dikaitkan dengan bersekongkol untuk pekenakan Datuk Seri Najib dalam komplot 4 Tan  Sri yang dilaporkan pelbagai blog dan media, antara nama Tan Sri yang disebut Ketika itu adalah Tan Seri Zeti dan Tan Seri  Mahiaddin .

Namun ia sekadar bualan blog dan andaian sahaja bahawa SPRM dibawah telunjuk individu tertentu.

Kini, dengan isu terkini babit pegawai SPRM, apa  akan jadi kepada imej negara, jika sebuah agensi kerajaan milik rakyat sudah tercemar Namanya?

Beberapa perkara harus dilaksanakan oleh SPRM demi untuk memulihkan nama agensi yang kian tercemar dan defisit kepercayaan antaranya, pendakwaan terhadap Pegawai, perletakan jawatan pegawai tinggi, dan pendakwaan terhadap pihak tertentu sebagai bukti SPRM masih milik semua rakyat Malaysia.

Leave a Reply