*KENYATAAN MEDIA* *PRESIDEN PUTRA* – Berkenaan SPRM

Hebahkan !!!

 

*KENYATAAN MEDIA*
*PRESIDEN PUTRA

21hb Sept 2021

*SPRM IBARAT PAGAR MAKAN PADI*
*KETUA PESURUHJAYA SPRM JANGAN BERDIAM DIRI, PERLU BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA*

1. *RAKYAT terkejut gila* dan tergamam kerana
rupa-rupanya SPRM ibarat kata macam pagar makan padi. Kenyataan-kenyataan dari SPRM rupanya indah khabar dari rupa, “kata dulang paku serpih.”

Inilah perumpamaan yang sesuai untuk menjelaskan perhubungan berita yang mengejutkan negara di mana tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana terlibat dalam perbuatan salah guna kuasa, penyelewengan serta pemalsuan wang yang merupakan barang kes milik kerajaan.

2. Permasalahan pegawai sendiri di agensi tidak ada integriti dan diberi perhatian, bagaimana nak nak bergantung harap untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah rasuah dan salah guna kuasa dalam negara?

3. Adakah SPRM yang kredibilitinya makin terhakis berada di tangan yang selamat? Di tangan pemimpin yang bersih dan bermoral?
Wang berjumlah AS$6juta yang dipercayai milik Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul itu dirampas apabila SPRM telah menggeledah sebuah unit kondominium di Cyberjaya pada bulan Ogos 2018.

4. Sekiranya benar SPRM tidak akan berkompromi dengan atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah seperti yang ternyata dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh agensi itu, mengapakah Ketua Pesuruhjaynya, Datuk Seri Azam Baki tidak mendedahkan perkara tersebut kepada media apabila mengetahui penglibatan pegawainya dalam perbuatan sedemikian secepat mungkin? Apakah kerana SOP penyiasatan atau ada hal lain yang Allah sahaja maha mengetahui?

5. Malahan boleh menimbulkan persepsi buruk serta berbagai spekulasi terhadap KP SPRM Datuk Seri Azam Baki seolah-olah cuba menyembunyikan serta melindungi perbuatan tiga pegawainya itu daripada pengetahuan umum sehingga hanya membuat keputusan untuk mengeluarkan satu kenyataan akhbar selepas didedahkan kejadian tidak bermoral oleh pegawai-pegawainya oleh sebuah blog. Persoalan yang timbul ini adalah tidak baik bagi menjaga integriti SPRM yang bukan sahaja mesti telus tapi sentiasa dilihat bersih sebagai badan pencegah kepada amalan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

6. Antara satu lagi pertanyaan yang perlu segera dijawab oleh KP SPRM adalah kenapa kes pemalsuan wang disiasat oleh SPRM sendiri? Di bawah akta apa walhal SPRM tidak ada sebarang kuasa untuk menyiasat kes pemalsuan wang. Pertanyaan ini juga telah ditimbulkan oleh YB Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di Parlimen semasa membahas ucapan titah diraja.

7. Ini adalah satu dakwaan yang amat serius yang perlu dijawab oleh SPRM dan bukan sekadar sahkan tangkapan yang dilakukan dengan mengeluarkan kenyataan media ibarat sekadar melepaskan batok di tangga agar boleh mengaburi mata rakyat jika tidak di buat secara telus.

8. SPRM merupakan sebuah agensi yang disanjung tinggi pada satu ketika dulu tetapi kini kredibiliti serta ketelusan agensi tersebut serta pucuk kepimpinannya menjadi tanda soal. Siapa lagikah masyarakat boleh percaya kalau sebuah agensi seperti SPRM sendiri di tuduh cuba menyembunyikan perkara sedemikian jika tidak bertindak secara telus dan diyakini masyarakat?

9. Walhal, umum mengetahui semua kes yang disiasat oleh SPRM walau sekecil mana pun ia akan didedahkan kepada media dan pengetahuan masyarakat, tetapi apabila melibatkan pegawai sendiri kenapa pihak KP SPRM seolah-olah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

10. Ini bukan kes pertama melibatkan kelemahan dan kelalaian kepimpinan SPRM di semua peringkat. Pada bulan Oktober 2020 tahun lalu, suspek utama kes Macau Scam berjaya memboloskan diri kononnya dengan cara memanjat pagar Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

11. KP SPRM perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian-kejadian ini dan masyarakat wajar mengetahui perkara sebenar bagi mengelak tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa ada tali barut dalam SPRM yang bersekongkol untuk menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan umum. Dua peristiwa buruk yang berlaku dalam SPRM menuntut agar SPRM perlu segera di rombak dan di siasat ke akar umbi dengan melantik dan menentukan kepimpinan dan Warga Kakitangan SPRM semua peringkat dari atas sampai ke bawah agar benar-benar bersih dan berintegriti tinggi.

12. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri juga perlu mengambil tindakan segera membersihkan SPRM supaya SPRM yang patut menangkap pencuri rasuah dan salah guna kuasa tidak di momok oleh masyarakat macam mana pencuri nak tangkap pencuri.

Pelbagai Jawatankuasa telah di tubuh untuk memantau dan menasihati perjalanan SPRM oleh Parlimen dan tokoh-tokoh ternama yang dilantik, tetapi dengan kes ini semua pihak turut tercemar ibarat kata ayam berkokok tapi tidak bertelur.

13. Polis DiRaja Malaysia Jabatan Jenayah Bukit Aman wajib segera bertindak dan memyiasat isu kehilangan wang AS$6 juta di SPRM kerana ianya sudah menjadi pengetahuan umum dan sudah berbangkit di Dewan Rakyat.

Wira PUTRA Malaysia juga membuat laporan polis mengenai isu ini supaya ianya tidak berlalu begitu saja demi keluhuran undang-undang dan kepentingan negara.

PUTRA PERKASA NEGARA
Terima kasih.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden PUTRA
21.9.2021

Leave a Reply