APA SEBENARNYA REFORMASI PARLIMEN? Tanya Puad Zarkashi.

Hebahkan !!!

Rencana ini dipetik dari tulisan Dr Puad Zarkashi.

oleh Mohd Puad Zarkashi

Apakah tambah jawatan Timbalan Speaker untuk pembangkang melalui pindaan perlembagaan adalah reformasi parlimen?

Bagaimana dengan budaya ahli Parlimen? Ia juga mesti berubah. Ia berkaitan tingkah laku. Kalau setakat perubahan struktur, itu reformasi kulit sahaja.

Semalam sidang parlimen terpaksa dihentikan 7 minit kerana tidak cukup korum. Ia amat memalukan. Bila gejala ini akan berakhir. Baca.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/21/dewan-rakyat.

Tidak cukup korum sudah banyak kali berlaku. Apakah menteri sebok. Bukankah Menteri ada ofis di Parlimen. Apakah bilik ofis tidak cukup kerana menteri ramai sangat?

Elok ada peraturan mandatori untuk menteri semasa sidang Parlimen. Mesyuarat mesti buat di Parlimen. Majlis rasmi kementerian diwakilkan kepada KSU. Tiada aktiviti luar KL kecuali lawatan bencana.

“Saya tak didorong atau ditekan untuk tukar fikiran. Saya guna kuasa saya untuk tukar fikiran.” Itu jawapan Azhar. Dia nafi ditekan bila batal jemput Nga Kor Meng jadi Timbalan Speaker sementara. Baca.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/21/.

Bab itu guna kuasa. Bab lain tak mahu guna kuasa. Kononnya tidak ada kuasa. Selagi Azhar kekal Speaker, tidak payah mimpilah reformasi parlimen akan berlaku.

Leave a Reply