Tahu Bukan Anak Kandung Selepas 35 Tahun, Angkara Ibu ‘Curang’

Hebahkan !!!

DALAM Islam, nasab atau susur galur keturunan adalah perkara wajib yang perlu dititik beratkan dan dipelihara.

ini kerana, penekanan diberikan bagi mengelak pelbagai kesan negatif melibatkan masa hadapan dan keturunan si anak jika hal berkaitan nasab dipandang ringan.

Sepertimana luahan seorang individu yang mengakui hanya mendapat tahu dirinya bukan darah daging daripada nasab bapa selepas 35 tahun hidup.

Perkara itu terbongkar apabila dia diberi petunjuk untuk melakukan ujian DNA. Ibunya mengaku ada hasil hubungan sulit ketika bapanya keluar outstation dan melahirkannya.

Lebih menyedihkan apabila si ibu merahsiakan kebenaran tersebut daripada pengetahuan bapa. Malah, ketika si anak berkahwin kira-kira 10 tahun yang lalu, si bapa menjadi wali pernikahannya. Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jelas individu ini lagi, ketika luahan dibuat bapanya yang sakit masih tidak mengetahui hal sebenar. Apabila bertanyakan hal itu kepada ibu, ibunya hanya mampu diam dan menangis.

Malah, wanita ini juga berasa bimbang untuk memaklumkan status perkahwinan mereka yang tidak sah itu kepada suaminya. Dia amat kecewa menerima hakikat anak-anaknya adalah hasil perkahwinan yang tidak sah. Nauzubillah.

Peguam syariah, Hasanah Johari yang mengulang siar kisah tersebut berharap perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran dan pedoman dalam hidup yang bersyariatkan Islam sebagai agama tauhid.

Menurutnya, isu nasab bukanlah perkara yang boleh dimain-main. Ibu atau bapa yang terlanjur dengan perbuatan zina tidak seharusnya menipu kerana ianya boleh merosakkan susur keturunan.

Katanya lagi, pengadu harus ke mahkamah syariah untuk mendapatkan nasihat daripada pakar berhubung kesalahan zina yang berlaku dan diselesaikan segera bagi mengelak nasab keturunan daripada hasil perbuatan keji itu diwarisi kepada anak-anak yang tidak bersalah.

Kredit: Hasanah Johari | Kisah Rumah Tangga Fans

Leave a Reply