Insentif MY30 diberi DBKL, galak guna pengangkutan awam

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR

 

SEBAGAI tanda penghargaan terhadap tugas dan sumbangan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang turut terjejas dengan pendamik COVID-19, satu inisiatif diambil untuk meringankan beban mereka.

Insentif MY30 diperkenalkan melalui sesi secara hybrid dalam talian itu bertujuan menggalakan warga kerja DBKL menggunakan pengangkutan awam telah disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, semalam.

Melalui satu hantaran di Facebook rasmi DBKL memaklumkan, usaha tersebut diambil sebagai menyokong ke arah neutral karbon di bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut DBKL, insentif MY30 adalah kad kelayakan perjalanan tanpa had bernilai RM30 bagi menggunakan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad dalam tempoh 30 hari.

“Keistimewaan ditawarkan itu merangkumi perkhidmatan Bas Rapid KL, Bas Perantara Sistem Aliran Massa (MRT), Bus Rapid Transit (BRT), Sistem Aliran Ringan (LRT), Sistem Aliran Massa (MRT) dan Monorail,” kata DBKL.

Sementara itu, majlis sama menyaksikan Shahidan turut menyampaikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2018 kepada warga DBKL menunjukkan kecemerlangan di dalam tugas rasmi selain dari aktif menyumbang dalam aktiviti luar tugasan rasmi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Leave a Reply