Tawar Kerusi Untuk Parti Makkal Sakti , Tambah Luas Opsyen BN Kembali Berkuasa

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

.UMNO telah membuat satu “move” yang bijak Ketika mengumumkan akan memberi kerusi sama ada Parlimen atau DUN kepada sahabat nya Parti Makkal Sakti.Malaysia (PMSM)

Setelah slogan ‘NO DAP NO ANWAR dibolehkan dengan alasan tertentu , maka pasti cadangan presiden UMNO ini sejajar dengan dasar inklusif dan terbuka.

Presiden UMNO itu berkata Makkal Sakti akan diberikan peluang untuk bertanding setelah diminta oleh parti itu dan atas kesetiaan selama 13 tahun menyokong BN.

“Jadikan Makkal Sakti sebagai asset” kata Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya merasakan apabila diminta, Presiden Makkal Sakti, R S Thanenthiran tadi, untuk calon-calon daripada Makkal Sakti bertanding dalam PRU15 dan telah berbincang dengan rakan-rakan dalam BN, kita akan memberi tempat pada PRU15 dalam Parlimen atau DUN nanti,” tambah Zahid lagi.

DAZH menyatakan tawaran untuk hal ini telah dibincangkan sesama seluruh rakan dalam Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Makkal Sakti secara atas talian..

Tindakan dan pengumuman mahu membei kerusi untuk Makkal sakti juga boleh memberi meseg kepada parti MIC bahawa jika MIC yang sepatutnya setia Bersama BN enggan berkerjasama lagi atas sebab telah condong kepada Perikatan Nasional maka Parti Makkal Sakti sedia ambil alih.

 

Jika UMNO dan BN mahu Kembali berkuasa, ia sememangnya mesti inklusif dan berpolitik cara baru.

Mungkin ini caranya.

“Di mata rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini mereka harapkan BN ambil alih kerajaan akan datang,” kata Ahmad Zahid.

Kedudukan lanskap politik agak berubah apabila MIC yang begitu lama dengan UMNO didalam BN telah terlihat begitu mesra “PN” dan solah-olah tidak umpama dengan UMNO.

Maka , mungkin ini cara yang terbaik untuk kearah BN menguasai politik negara Kembali.

Walaupun jumlah kerusi Parlimen dan DUN yang dimohon oleh Parti Makkal sakti agak banyak juga, namun dipercayai bukan itu jumlah yang akan diberi kepada mereka.

Namun kawasan disasarkan untuk habuan Makkal Sakti adalah empat negeri iaitu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Apa pun demi mahu memerintah negara Kembali Tindakan diumum oleh Presiden UMNO ini membuktikan BN berfikiran terbuka dan sentiasa mencari kaedah untuk mendapat menarik minat rakyat untuk kembali menyokong BN dan UMNO

Leave a Reply