Mendaki Gunung Kinabalu dibuka kepada orang awam semula

Hebahkan !!!

 

Kota Kinabalu: Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS), termasuk pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada orang awam bermula 16 September lalu, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

Beliau berkata, kawasan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis pula mula beroperasi semula esok.

“Bagaimanapun pembukaan taman itu terhad kepada peraturan ditetapkan seperti pelawat yang lengkap divaksinasi Covid-19 saja dibenarkan. Pelancong domestik dari daerah yang sama saja (dibenarkan),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan hanya seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan.

“Semua aktiviti yang dibenarkan dalam taman tertakluk kepada prosedur prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian stesen TTS selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang dikemas kini pada 11 September lalu,” katanya.

Leave a Reply