‘Lord Lingard’, De Gea wira United

Hebahkan !!!

LINGARD (dua dari kiri) berjaya meledakkan gol kemenangan United untuk membolehkan mereka membawa pulang tiga mata. FOTO AFP© Provided by Harian Metro LINGARD (dua dari kiri) berjaya meledakkan gol kemenangan United untuk membolehkan mereka membawa pulang tiga mata. FOTO AFP

London: Manchester United terpaksa berhempas-pulas dan perlu menunggu bantuan daripada pemain gantian, Jesse Lingard di hujung saingan untuk memperoleh gol kemenangan ketika mengalahkan West Ham United 2-1 di tempat lawan.

Mereka juga perlu berterima kasih kepada penjaga gol David De Gea yang muncul wira selepas menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Mark Noble pada masa kecederaan selepas bola terkena tangan Luke Shaw hasil hantaran lintang Andriy Yarmolenko.

Bagaimanapun, tuan rumah terlebih dulu berada di depan hasil rembatan Said Benrahma pada minit ke-30 yang terkena pertahanan United sebelum mengelirukan De Gea.

United tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan apabila Cristiano Ronaldo berjaya melepasi perangkap ofsaid dan menolak masuk hantaran lintang Bruno Fernandes.

Selepas bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan cuba untuk menambah jaringan namun pada minit ke-89 Lingard yang masuk menggantikan Paul Pogba berjaya melakukan rembatan lencong selepas menerima hantaran Nemanja Matic untuk menumpaskan penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski.

Sementara itu, penyandang juara Piala FA, Leicester City tumpas 1-2 kepada Brighton di tempat lawan.

Brighton berada di depan hasil sepakan penalti Neal Maupay pada minit ke-35, sebelum Danny Welbeck menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-50.

Penyerang Leicester, Jamie Vardy merapatkan jurang pada minit ke-61 dan kedudukan kekal dengan tuan rumah memperoleh tiga mata di Stadium Falmer.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply