a man and a woman standing in front of a window: Pasangan itu dilaporkan bertengkar menyebabkan mereka ditegur jiran, sebelum pelawak itu beredar. (Gambar Freepik)© Provided by Free Malaysia Today Pasangan itu dilaporkan bertengkar menyebabkan mereka ditegur jiran, sebelum pelawak itu beredar. (Gambar Freepik)PETALING JAYA: Seorang pelawak popular didakwa menceroboh kediaman bekas teman wanitanya dalam kejadian di sebuah kondominium, di sini, kelmarin.Memetik sumber menurut laporan Kosmo, wanita berusia 28 tahun yang menjalankan perniagaan dalam talian itu mendakwa kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 malam ketika dia berada di rumah seorang diri.

“Pelawak tersebut didakwa masuk ke rumah wanita itu yang tidak berkunci selepas pembantu rumahnya keluar, lalu menyelongkar barang-barang rumah seperti mencari sesuatu.

“Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit berasa tidak selesa dan terancam lalu menghalau pelawak itu keluar dari rumahnya.

“Wanita itu mendakwa pelawak tersebut bertindak demikian kerana mengesyakinya membawa balik lelaki lain di rumah berkenaan,” katanya.

Kata sumber itu lagi, berikutan itu berlaku pertengkaran antara kedua-duanya sehingga mendatangkan bunyi bising dan perbuatan mereka telah ditegur oleh jiran sebelum pelawak itu beredar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wanita tersebut, semalam.

Katanya, kedua-dua individu terbabit dimaklumkan tidak mahu memanjangkan kes terbabit dan memilih jalan berdamai.

Terdahulu, wanita tersebut memuat naik gambar pelawak berkenaan di IG Story, sambil meluahkan rasa rimas dengan mendakwa masih lagi diganggu oleh lelaki itu.

Bagaimanapun, gambar berkenaan sudah dipadamkan selepas beberapa minit memuat naik gambar tersebut.