Kenapa Tak Buat RCI Berkaitan Tommy Thomas? , Tanya Najib.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Boleh dikatakan , pihak-pihak yang paling banyak cakap dalam urusan undang-undang adalah pihak yang paling takut dengan Siasatan DiRaja.

Bila mereka bercakap tentang “Rule of laws” mereka cakap berapi api dan penuh kebangaan.

Namun, ia sekadar cakap sahajalah, asalkan yang kena siasat itu pihak lain dan bukan pihak sendiri.

Bila yang kena kepada puak sendiri, macam-macam pula ragam dan alasan diberi.

Muncul lah pakar-pakar undang-undang semua hendak berbicara bagi pendapat songsang masing-masing.

Dalam satu lontaran  distatus Datuk Seri Najib Razak, ada pertanyaan berkenaan  hal perlantikan hakim seperti dibawah ini:-

“Hari ini, ada bekas hakim yang keluarkan kenyataan bahawa ianya salah bagi Perdana Menteri untuk campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim negara.

Bahawa pelantikan hakim-hakim perlu hanya di bawah kuasa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tanpa campur tangan pihak lain termasuk PM.

Saya setuju dengan kenyataan bekas hakim ini.

Tapi, kenapa pula bekas hakim ini membisu apabila Tommy Thomas mendedahkan dalam buku dia bahawa Tommy dan PM7 yang berperanan memilih dan melantik hakim-hakim negara pada zaman pemerintahan PH?

Memandangkan amaran tegas dia hari ini, adakah bekas hakim ini bersetuju bahawa RCI perlu dilaksanakan segera untuk menyiasat campur tangan PM7 dan peguam negara dalam sistem perundangan negara seperti didedahkan buku Tommy Thomas?”

Maka , sehingga kini tiada siapa pakar dan makar yang mahu beri komen kenapa tidak dakwa Tun Mahathir dan Sri Ram dalam urusan campurtangan kepada kes-kes dimahkamah dan pendakwaan?

Sambil itu, kenapa RCI tidak ditubuhkan terhadap dakwaan Tommy Thomas seperti didalam buku nya mencerita berkenaan campur tangan Tun Mahathir?

Ia ditulis sendiri oleh Tommy Thomas tentang dia dan Tun Mahathir ada campur tangan dalam memilih hakim.

Hatta, ramai juga tahu tentang latar belakang hakim yang menjatuhkan hukum dalam kes DSNR dan kenapa dia ditukarkan “last minit”.

Pada cabaran DSNR kenapa takut untuk tubuh RCI jika berada dalam kebenaran?

Adakah atas sebab panel menjadi hakim, tidak dapat dibuat oleh gang-gang yang kuasai judiciary?

Apa akan jadi kepada negara, jika sesuatu kes besar babit ahli politik hakimnya sudah diketahui dibawah telunjuk siapa?

Sistem keadilan negara kita sudah pun tidak lagi dihormati atas sebab campurtangan politik yang melampau.

Ada yang didakwa , ada yang kes sama tapi tidak didakwa, ada kes digugurkan terus, ada yang lansung tidak dibawa kemahkamah dan ada yang ditambah-tambah dakwaan atas sebab dendam politik

Keputusan Kes-kes terkadang boleh diteka oleh orang yang hanya duduk kedai kopi yang tidak belajar tinggi.

Terlalu ‘predictable’ atas sebab tahu campurtangan pihak politikus.

Dakwaan pun begitu juga, semuanya terlalu boleh dijangka.

Leave a Reply