Tiada kemasukan pembantu rumah asing sehingga 31 Disember

Hebahkan !!!

 

 

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) mengingatkan agensi pekerjaan swasta yang berdaftar supaya tidak mengeluarkan iklan atau kenyataan yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan majikan berhubung kemasukan pembantu rumah dari negara lain.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan ini kerana KSM masih berunding dengan Indonesia yang merupakan sumber utama pembantu rumah di negara ini.

Beliau berkata pihaknya belum memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) pengambilan Perkhidmatan Domestik Indonesia 9PDI) yang tamat tempohnya pada 30 Mei 2016.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad (19 Sept) Saravanan berkata sehingga Ogos 2021 terdapat seramai 92, 481 pembantu rumah asing di negara ini dan daripada jumlah ini 64,181 adalah pengambilan PDI.

“Saya ingin mengingatkan para majikan bahawa tiada kemasukan pekerja asing ke negara ini termasuk pembantu rumah asing dari negara-negara sumber sejak pelaksanaan Pergerakan Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 susulan pandemik COVID-19.

“Lanjutan itu, kerajaan memutuskan bahawa tiada kemasukan bagi kedua-dua kategori pekerja asing tersebut sehingga 31 Dis 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Saravanan berkata keputusan untuk membawa masuk pekerja asing, termasuk pembantu rumah asing akan diumumkan secara rasmi oleh kerajaan selepas perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), KSM, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan kementerian lain yang berkaitan.

sumber bebasnews

Leave a Reply