Operasi berkala basmi peningkatan gelandanga

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR


KWP DAN DBKL AKAN BERKOLABORASI DENGAN LAIN-LAIN AGENSI UNTUK BANTU GELANDANGAN

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) akan menjalankan operasi secara berkala dalam usaha menyelamatkan gelandangan seterusnya membasmi aktiviti tersebut daripada meningkat ketara di ibu kota.

Timbalan Menteri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, berikutan masalah ekonomi yang berlaku akibat penularan COVID-19, KWP dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini akan berkolaborasi bersama beberapa agensi, ubtuk menyelamatkan gelandangan sekaligus membantu mereka menjalani hidup lebih baik.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 telah secara langsung memberikan kesan besar terhadap ekonomi negara turut menyumbang pertambahan gelandangan di ibu kota.

“Walaupun sektor ekonomi baru hendak pulih dan proses pembukaan premis niaga akan dimulakan secara berfasa, namun itu belum sepenuhnya membantu mengurangkan jumlah mereka ini,” katanya yang turut mengikuti Operasi Menyelamat Gelandangan 4.0 di sekitar Kuala Lumpur.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KWP, Noor Shah Mohamed.

Operasi turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM); Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Lumpur (APM WPKL).

Dalam operasi bermula 11 malam sehingga berakhir jam 4 pagi lebih 55 gelandangan diselamatkan, dihantar ke Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku untuk saringan COVID-19 sebelum ditempatkan ke Pusat Transformasi Gelandangan (PTG) Anjung Kelana, Taman Desa.

Jalaluddin menegaskan, usaha membendung gelandangan akan sentiasa dijalankan meskipun berhadapan kekangan tertentu melibatkan perundangan dan kebajikan.

Katanya, walaupun pihak berkuasa tidak boleh menghalang mereka berada di tempat tertentu sekitar Kuala Lumpur dan tiada had waktu-waktu tertentu atau mengikut akta tertentu tetapi pihak berkuasa juga masih boleh soal siasat ke atas mereka.

“KWP juga tidak dapat jamin bahawa 100 peratus gelandangan diselamat tidak akan kembali ke kehidupan lama mereka gemar menjadikan jalanan tempat tinggal.

“Namun, saya sedang lihat kerana ada kes berulang merupakan perkara biasa dan ini perkara akan difikirkan bagaimana untuk kita urus sebaik mungkin,” jelasnya.

Jamaludin juga mengakui pihaknya sudah pun adakan perbincangan dengan KWP serta Datuk Bandar untuk berkolaborasi dengan melibatkan berbagai agensi bagi merangka pelan pelaksanaan jangka panjang untuk gelandangan sekaligus memberi kehidupan baharu kepada mereka

Leave a Reply