Pelaksanaan pemberian dos ketiga dipersetujui Kerajaan

Hebahkan !!!


PEMBERIAN vaksin untuk dos ketiga bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

KERAJAAN Persekutuan telah pun bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Perkara itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dilaksana sebaik sahaja liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara mencapai tahap 80 peratus.

Beliau berkata, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu seperti petugas barisan depan kesihatan, pesakit kurang daya l imun (immunocompromised) dan warga tua dengan komorbiditi.

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19 yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang bangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Ismail, dos ketiga akan meliputi individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).

Tambahnya, kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 serta pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumum oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam masa terdekat.

Leave a Reply