Dilema “Kluster Katak” – “Oh Katak Oh Katak Dimana Kamu Nak Tanding?”

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Kacau Kawasan Lama Atau Cuba Kawasan “Parachute”?

Sebaik sahaja UMNO tidak lagi menjadi kerajaan pada PRU14 , maka Tun Mahathir terus ambil kesempatan untuk meneruskan agenda peribadinya.

Mengunakan kuasa Perdana Menteri yang diperolehi atas tipu daya janji “hanya dua  tahun jadi PM ” kepada kepimpinan Pakatan Harapan, beliau mengaturkan strategi untuk meneruskan kuasa.

Tun Mahathir yang sememangnya tidak pernah ada kesetian kepada mana-mana pihak hanya ada kesetian kepada matlamat peribadi sahaja , terus mengancam UMNO dengan kuasa yang dipinjam dari PH.

Hasilnya, beberapa pemimpin UMNO yang telah menang PRU14 atas airmata dan keringat ahli UMNO telah melompat kepada parti BERSATU pimpinan Tun Mahathir.

UMNO Kleptokrat atau tidak, UMNO kotor atau tidak itu soalan nombor dua, yang penting BERSATU dapat tambah jumlah kerusi.

Tindakan tidak bermoral Tun Mahathir juga tidak disenangi oleh beberapa pemimpin dari DAP yang menyuarakan bantahan kepada usaha cekau katak dari UMNO.

Jika orang UMNO itu jijik, maka Tun Mahathir suka kepada yang jijik dengan mengutip MP UMNO “lock stock and barrel”.

Yang tidak akur kepada Tun Mahathir , akan dicipta kes untuk mereka.

Waima kes rekaan dan hanya kesalahan buat keputusan dan silap lantik orang, sama semacam Tun Mahathir silap buat keputusan terhadap PROTON ,Forex dan MAS , Perwaja dan lain lain.

Ini dapat dibuktikan kepada fitnah Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Razak apabila beliau mendakwa DSNR telah mencuri berbillion wang 1MDB tetapi hanya mendakwa kes 42 juta sahaja dan bukan billion-billion seperti difitnah.

Itupun dibawah kes AMLA dan tidak berani dakwa bawah sebutan “curi” atau “rompak”

Semua orang bijak pandai tahu kes AMLA ada lah “onus is on the accused” dan bukan “on the accuser”.

Sebaliknya wang lebih banyak di perolehi dari AMBANK sebanyak RM2.8 bilion dimana Pengerusinya adalah penaung Yayasan Tepi Tasek, dan yang Kerajaan Tun Mahathir tidak dakwa.

Malah wang diperolehi dari suami kroni Tun Mahathir , Zeti Akhtar Aziz lebih banyak iaitu RM100 juta diakaun di Singapura melalui pengakuan keluarga zeti pada SD yang ditandatangan.

Kembali kita kepada kisah Sang Katak, selepas PRU14 didapati jenama DSNR lebih popular dari jenama Tun Mahathir.

Setelah memfitnah Najib dan UMNO , rakyat masih mengundi jenama DSNR dan UMNO dengan UMNO dan Najib masih memperolehi 53 kerusi dengan hampir 3 juta pengundi pada seluruh kerusi.

Sebaliknya jenama Tun Mahathir hanya memperolehi 13 kerusi dengan sekitar 350,000 undi sahaja.

Hatta terjadilah usaha membeli jiwa -jiwa dari  “Kluster katak’ UMNO.

Kini, PRU15 kian hampir.

Masalah mula timbul pada Sang Katak.

Dimanakah “Sang Katak” mahu bertanding?

Hanya ada dua opsyen sahaja yang ada pada Sang Katak.

Dikawasan lama yang dimenangi dengan keringat dan air mata ahli UMNO yang dikhianati atau dikawasan “Parachute” yang baru?

Itulah dilema Sang Katak.

Pada waktu ini, kami di-My-news.online diberi maklum ada antara Katak sedang cuba “penetrate” Kawasan lama dengan pergunakan AJk bahagian dan AJK Cawangan yang mereka kenal dan rapat sebelum lompat.

Fulus akan digunakan dalam kempen ini, jika tidak, tiada sebab untuk menyokong Katak pengkhianat.

Sambil itu usaha Sang Katak untuk sisihkan Presiden UMNO supaya dapat lantik Presiden semacam ‘SiFulan” yang akan akur kepada Katak masih belum berjaya lagi.

Maka , ahli UMNO perlu berhati-hati kepada Kluster katak atas sebab mereka berada dalam dilema.

Biarlah masalah mereka kekal kepada mereka dan jangan dijadikan masaah UMNO.

Ketika mereka dapat nikmat jawatan dan projek mereka tidak hiraupun pada masalah ahli UMNO , Ketika UMNO hendak dibubar Presiden diugut dikenakan Dakwaan , mereka bukan peduli pun.

Ketika UMNO tiada duit, disita dan akaun dibeku, mereka tidak ambil peduli.

Kini,  mereka terdesak cari Kawasan , janganlah UMNO terbeban, kerana pada tiap bahagian BERSATU sebelum mereka lompat pun sudah ada ahli Bersatu menjadi wakil disitu.

Biarlah ia kekal jadi masalah Katak dan bukan masalah UMNO.

Teringat pada lagu “Oh Katak Oh Katak dimana kau nak Tanding?’

Leave a Reply