Malaysia dan Cukai Durian Runtuh

Hebahkan !!!

 

‘Durian runtuh’ kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara baik yang melampaui jangkaan.

Pekerja dapat bonus daripada majikan melebihi jangkaan dianggap sebagai ‘durian runtuh’.

Hasil perniagaan mengatasi apa yang sering diperoleh turut dikatakan sebagai ‘durian runtuh’.

Begitu juga dengan hasil cukai kerajaan ada disebut dengan istilah ‘durian runtuh’.

Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai ‘windfall tax’.

Cukai Durian Runtuh merujuk kepada cukai lebihan yang boleh diperoleh kerajaan.

Tambahan hasil cukai ini diperoleh dari keuntungan luar biasa sesebuah industri.

Bagaimanapun Cukai Durian Runtuh ditetapkan di Malaysia ketika ini cuma pada minyak sawit mentah.

Levi 3% dikenakan ke atas peserta industri apabila harga minyak sawit melebihi paras nilai ambang.

Iaitu RM2,500 satu tan di Semenanjung Malaysia, manakala RM3,000 di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun cukai durian runtuh pernah dikenakan kepada penjana elektirk bebas (IPP) pada 2008.

Ketika itu berlaku kenaikan harga minyak dunia keterlaluan sebanyak 30% one-off.

Sebilangan pihak berpendapat Cukai Durian Runtuh bukan sesuatu yang keterlaluan.

Sebaliknya bersesuaian dengan erti percukaian.

Mereka yang mengaut keuntungan menggunakan sumber sesebuah negara perlu membayar sejumlah hasilnya kepada negara tersebut.

Hasil cukai itu digunakan kerajaan untuk mentadbir, mengurus dan membangunkan negara sekali gus memacu industri tersebut juga.

Baru-baru ini timbul cadangan kerajaan mengenakan ‘windfall tax’ terhadap industri yang mendapat manfaat besar daripada pandemik Covid19.

Ia termasuk industri penjagaan kesihatan seperti pengeluaran pelitup muka dan sarung tangan yang beroperasi di negara ini.

Cadangan itu bertujuan mengimbangi kesan buruk krisis Covid-19 terhadap ekonomi negara berikutan industri lain terjejas teruk.

Bagaimanapun berlaku perdebatan serius di sebalik cadangan itu kerana tindakan tersebut dikhuatiri memberi kesan kepada pelaburan.

Pengenaan Cukai Durian Runtuh itu dibimbangi mengakibatkan pelabur bertindak menarik keluar pelaburan mereka ke negara lain.

Dalam keadaan itu sesebuah kerajaan kebiasaannya akan berhati-hati sebelum membuat sebarang ketetapan mengenakan ‘windfall tax’.

Leave a Reply