Akta Lompat Parti – Broker Katak Yang Risau Tak Dapat Beli Katak

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Baru-baru ini apabila isu akta lompat parti hangat diperkatakan termasuk kenyataan Azalina Othman yang mahu usul itu diujudkan  , tiba-tiba yang memberi pandangan negetif dan cepat memberi respon adalah Tun Mahathir.

Dari begitu ramai orang ,tiba-tiba yang memberi ulasan dan pandangan adalah Tun Mahathir.

Pandangan yang diberi pula penuh spin dan tidak merangkumi keseluruhan isu lompat.

Antara alasan untuk menghalang akta itu diujudkan adalah ia perlu kajian mendalam.

Selain dari itu Tun Mahathir pernah memberi alasan dalam negara demokrasi amalan itu sepatutnya dibenarkan

Persoalan, adakah Tun Mahathir faham maksud keseluruhan akta yang hendak diusulkan atau Tun Mahathir yang terkenal dengan “segala perkara ada agenda peribadi” atau Tun Mahathir pura-pura tidak faham?’

 

Yang dimaksudkan oleh Azalina dan difahami oleh rakyat adalah setelah ahli parti itu menang atas tiket parti yang diundi rakyat lalu dia melompat menyokoing pihak lain.

Tapi, yang Tun Mahathir cuba spin adalah hak ahli itu dalam negara demokrasi untuk pergi kemana-mana parti dia suka.

Itu dua perkara berbeza.

 

Pergilah ke parti mana sahaja yang disukai tapi tinggalkan kerusi yang dimenangi atas tiket dan bendera parti yang ditandingi Ketika menang.

Itu maksud sebenar.

Tapi , mungkin kita faham agaknya kenapa Tun Mahathir begitu risau atas saranan akta katak lompat.

Mungkin kerana tabiiat mahu membiarkan katak menang dulu dari mana-mana parti dan kemudian baru nego , ugut , umpan dan sebagainya untuk  melompat kepada Tun Mahathir.

Ini kita bercakp dari pengalaman , apabila Tun Mahathir menerima katak dari kleptokrat UMNO seramai 12 orang Ahli Parlimen yang khianati parti mereka.

Jadi mungkin itu sebabnya Tun Mahathir amat risau jika akta lompat parti dilaksanakan.

Tun Mahathir tidak dapat membezakan antara katak lompat sendiri dengan katak lompat bawa kerusi yang dimenangi atas tiket parti lain.

Jika hendak lompat atas kapsiti sendiri lompatlah seratus kali pun , tiada siapa halang, namun jika Ketika bertanding atas tiket parti , maka sila tinggalkan kerusi atau kosongkan kerusi kepada parti yang diwakili dan pergilah kepada parti baru sehelai sepinggang.

Tun Mahathir sebut demokrasi tapi lupa sifulan yang menang atas tiket parti lain namun lompat keparti lain adalah dikira menipu pengundi.

Apakah Tun Mahathir suka menipu pengundi macam menipu manifesto?

Maka , kita berharap akta lompat segera diujudkan agar rakyat tidak lagi kena tipu semacam kerajaan Tun Mahathir tipu janji manipesto pru14.

Perbaiki kandungan akta agar individu yang menang atas tiket parti Ketika bertanding hanya boleh lompat atas kapasiti diri dan perlu tinggalkan kerusinya.

Jika tidak , apaguna berkempen dan bermanipesto jika sudah menang pergi lompat kepada parti lawan.

Belajarlah pikat hati rakyat dengan berbuat baik kepada mereka, pikatlah rakyat , bukan pikat wakil rakyat setelah mereka menang atas tiket parti lain, itu merompak namanya.

Leave a Reply