“Sebelum Ayam Sempat Kokok Hudud Akan DiLaksanakan”, La ni harga Ayam Pun Tak boleh Kontrol

Hebahkan !!!

 

 

Memang benar kata orang , Orang yang pandai bercakap selalunya tidak pandai bekerja.

Kepakaran bercakap selalunya tidak diterjemahkan kepada kepandaian berkerja.

Ada juga golongan yang cakap tidak serupa bikin, ia sama dengan golongan yang cakap tapi tidak buat.

Rakyat Malaysia selalu terpikat dengan orang yang hebat bercakap, mereka terlopong sagu terpikat dan jatuh hati dengan orang yang pandai bercakap.

Ambil contoh Anwar Ibrahim, jika dia bercakap semua orang akan terlopong sehingga lalat masuk mulut pun tidak sedar, waima Anwar berbohong.

Sebaliknya jika Tun lah@ Pak lah umum peruntukan RM5O juta pun orang yang dengar mengantuk hampir hendak lena, ini kerana Anwar seorang “orator” dan Pak Lah bukan.

Orator miliki skill bercakap dan  “eloquent” dalam bercakap, maka orang terpikat dengar gaya dan tuturnya.

Berbalik kepada topik kita, PAS yang kini dipimpin oleh Hj Hadi pernah membuat janji pada sekitar tahun 2012 bahawa jika PAS menang di Terengganu , Hudud akan dilaksanakan.

 

Selain Haji Hadi, Nik Aziz , ramai Ulama PAS sering pergunakan ayam untuk hujahan mereka,

Ambil contoh ucapan ini – “Jika PAS diisytiharkan menang di bumi Serambi Makkah, maka esoknya, sebelum ayam berkokok, sebelum burung keluar dari sarangnya, sebelum fajar menyinsing, kita nobatkan ‘baldatun tayyibatun waraffun ghafur’ (negeri indah lagi diredhai Allah).”

Begitulah semangatnya pemimpin PAS berkempen. Kenyataan ini dibuat pada 1959, yakni 54 tahun lalu. Sehingga hari ini – entah berapa juta ayam yang sudah berkokok dan burung yang terbang – janji PAS belum terhasil.

Malah PAS jadikan musuh bukan Islam yang bukan sahaja anti Hudud bahkan anti Islam Sebagai sahabatnya dalam tahaluf Siyasi mereka.

Cuba Lihatlah dibawah ini berkenaan janji PAS –

Hari ini harga ayam semakin naik melambung-lambung.

Jika PAS gatal mulut berkata mereka mampu turunkan kos sara hidup, kini PAS bukan sahaja sudah menjadi Menteri Federal. bahkan mereka menguasai  negeri-negeri juga.

Mana janji yang konon nya jika pilih PAS kos sara hidup boleh diturunkan?

Khususnya harga ayam, kenapa PAS tidak boleh beri cadangan menurunkan harga ayam.

Kenapa PAs suka jadikan ayam sebagai sebutan untuk contoh politik tapi harga ayam pun PAS gagal beri cadangan untuk kawal.

Berjanji sememangnya mudah, petikan ayat Quran memang percuma , tapi dari segi perlaksanaan nampaknya Haji Hadi dan PAS telah gagal.

Suka sebut ayam sebagai contoh tapi harga ayam pun tak mampu kawal.

Janganlah PAS terlalu tumpu kepada Politik kuasa, tapi tumpukan juga kuasa dituntut untuk membantu rakyat.

Kini harga ayam semakin melambung, tunaikan lah janji mencari jalan untuk menurunkannya, jika tidak boleh turun, carilah jalan mengawal harga.

Buruk gaya jika PAS gagal tunai janji, sebab orang akan sangka Ulama yang mungkir janji.

Leave a Reply