5 individu dikesan positif Covid-19 di pintu masuk Langkawi

Hebahkan !!!

 

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Lima kes positif Covid-19 dikesan melalui saringan ujian RTK-Ag terhadap 2,528 individu yang mahu ke Pulau Langkawi pada Khamis di empat pintu masuk lapangan terbang dan terminal feri di Kuala Perlis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, sehingga jam 12 tengah Khamis, seramai 2,546 disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.

Menurut beliau, jumlah tersebut melibatkan 1,250 orang yang disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis.

“Enam individu menjalani ujian RT-PCR sebelum ke lapangan terbang, dan kesemua keputusan adalah negatif.

“Baki 12 orang kanak-kanak di bawah usia enam tahun tidak menjalani ujian Covid-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, kesemua lima kes yang telah dikesan merupakan kategori satu iaitu tidak bergejala.

“Kes-kes ini telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari,” katanya.

 

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Leave a Reply