Mukhriz Patut Risau Kenapa Kes Zeti Masih Belum DiBuka, Bukan Risau Ayah Tak Dapat Ketuai MPN

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Kami di My-News.Onlie merasa pelik juga dengan Kenyataan Mukhriz Mahathir kononnya Perdana Menteri Ismail Sabri telah menjanjikan jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara kepada ayahnya Tun Mahathir.

Ia seolah-olah ayahnya hadap sangat dan gila jawatan dan ketagih untuk dapat kuasa.

Jawatan yang kononnya tiada gaji dan imbuhan tapi sangat dihadap oleh pemimpin BERSATU dan Pejuwang.

Namun, tidak ramai yang tahu MPN ada kuasa cadang pembelian barangan , keperluan dan pembinaan pusat rawatan yang bernilai berbilion.

Disitu lah ‘catch” nya.

Apa yang menarik dengan kenyataan Mukhriz adalah seperti marah dan kecewa , ayahnya tidak dapat merangkul jawatan itu.

Kini, semua orang sudah boleh meneka kerja siapa yang kumpul NGO untuk membuat tuntutan agar Tun Mahathir diberi Jawatan itu.

Mukhriz seolah-olah cuba menafikn apa yang pernah terjadi Ketika ayahnya menjadi Perdana Menteri 22 bulan.

Ia penuh dengan cerita “mengambil” dan bukan cerita “memberi”.

Selama 22 bulan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir lebih banyak “mengambil” dari rakyat dari ‘memberi” kepada rakyat.

Elaun-elaun tertentu diberhentikan.

Gaji hampir 40,000 kakitangan diambil Ketika memberhentikan mereka.

BRIM yang 7 juta rakyat jadi penerima diganti dengan BSH yang kurang hampir 3 juta penerima dan bayaran yang sangat kurang.

Kemudian, rakyat disuruh ikat perut, ditambah dengan ingatan jangan asyik meminta minta dari kerajaan , dan jangan iri hati kepada orang kaya.

Maka disaat sebegini Ketika rakyat susah, mereka sepatutnya dapat Najib Razak, dan bukan Tun Mahathir.

Ini waktu untuk dapat orang yang pemurah bukan orang yang terkenal kedekut kepada rakyat tapi pemurah kepada kroni.

Maka hentilah “promote” ayah sendiri.

Buanglah sifat penting diri dan keluarga , fikirkan lah hal rakyat pula.

22 bulan Tun Mahathir sekongkol dengan BERSATU dan DAP sungguh mengerikan.

Agama Islam juga tergugat sehingga 1 juta umat Islam terpaksa turun kejalanraya akibat terancam dengan ICERD.

Ia sewaktu BERSATU masih ada dalam kerajaan dan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, itu lah bukti betapa “useless”nya BERSATU, Tun Mahathir Ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Mukhriz sepatutnya sayang duit rakyat seperti mana Mukhriz benci kepada “Kleptokrat”.

Mukhriz sepatutnya marah apabila wang rakyat diberi untuk perbaiki kapal Jho Low oleh kerajaan PH, dimana akhirnya dijual dengan harga hampir setengah billion kepada syarikat milik billionair.

Jika billionair mampu bayar setengah billion beli kapal, apa perlu Tun Mahathir guna wang rakyat  RM27 juta untuk baiki kapal itu?

Mungkin ada cerita yang rakyat tidak tahu.

Maka, rumusan nya, dari Mukhriz bising ayah sendiri tidak dapat jawatan Pengerusi MPN yang konon dirampas oleh Tan Sri Mahiaddin, dan dimungkir janji oleh Ismail Sabri, lebih elok Mukhriz risau kenapa kes wang RM100 juta masuk kedalam akaun suami bekas Gabenor masih belum dibuka lagi.

Mukhirz sering ulang zikir benci ‘kleptokrat’ dan boleh Kerjasama dengan sesiapa pun melainkan “kleptokrat” dan “Kluster mahkamah” , namun ayah sendiri sentiasa melantik orang yang ada kes wang 1MDB/TIA  diluar negara menjadi Pengerusi PNB dan konsil eminen.

Maka, elok Mukhirz buktikan betul-betul membenci orang ambil wang 1MDB dengan beri penekanan kepada kerajaan dan Polis untuk segera umum hasil siasatan dan seret pelaku kemahkamah dengan segera.

Itu lebih manfaat kepada rakyat, ini kerana wang RM42 juta masuk kedalam akaun mantan Perdana Menteri oleh pihak ketiga pun Mukhirz marah dan sindir, apa lagi wang RM100 juta masuk kedalam akaun mantan suami gabenor yang menjaga akaun sendiri.

Tanya lah Gabenor mana yang tidak buat kerja wang keluar masuk ke negara jiran dari Jho Low masuk kedalam akaun suami sendiri pun tidak boleh ”detect”, malah dilantik jadi konsil penasihat negara pula.

Ini waktu yang terbaik untuk buktikan Mukhriz buat kerja untuk rakyat, dan bukan untuk ayah sendiri.

Seperti Tun Mahathir sendiri mengaku hanya Azmin dan Mukhriz sahaja layak jadi pemimpin masa depan, sila buktikan.

Leave a Reply