KPMG akan bayar RM333 juta kepada kerajaan Malaysia

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan bahawa KPMG telah
bersetuju dengan penyelesaian bernilai RM333 juta (A$80 juta) bagi memenuhi semua tuntutan yang berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari mereka dalam pengauditan akaun 1MDB untuk tahun 2010 hingga 2012.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz, berkata, “Ini membuktikan tekad Kerajaan Malaysia untuk meneruskan segala usaha pemulihan terhadap semua pihak yang terlibat dalam 1MDB dan entiti yang berkaitan dengannya.

“Kerajaan Malaysia akan memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap semua
individu atau entiti yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, di dalam skim
global 1MDB ini,” kata beliau dalam satu kenyatannya di sini.

Penyelesaian ini akan mengakhiri tuntutan sivil yang difailkan pada 6 Julai 2021 terhadap KPMG. Ini akan mempercepat penyelesaian tersebut yang akan digunakan untuk memenuhi obligasi 1MDB yang tertunggak, dan menjimatkan sumber awam dari segi kewangan dan tempoh masa pengadilan.

Penyelesaian dengan KPMG, bernilai lebih 800 kali ganda fi audit yang diperoleh KPMG, merupakan salah satu penyelesaian berkaitan 1MDB yang terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.

Leave a Reply