Kembar Palestin diiktiraf antara 100 individu berpengaruh dunia

Hebahkan !!!

SYAHIDI. BAKAR


PERJUANGAN TIDAK AKAN TERHENTI SELAGI TIADA WUJUD NEGARA PALESTIN YANG SAH

PEJUANG hak asasi rakyat Palestin, Muna dan Mohammed El-Kurd beserta keluarga mereka hilang tempat tinggal setelah diusir dari rumah di kejiranan Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur, diangkat sebagai antara 100 orang berpengaruh di dunia oleh Majalah tahunan Time.

Pasangan kembar berusia 23 tahun itu meraih perhatian dunia dalam peristiwa awal tahun ini apabila usaha mereka menyekat tindakan diambil kerajaan Israel memaksa rakyat Palestin keluar dari Sheikh Jarrah untuk dijadikan penempatan Yahudi, disokong oleh masyarakat antarabangsa.

Pihak berkuasa Israel turut dikecam hebat kerana menahan dan menyoal siasat pasangan kembar itu selama beberapa jam tentang kegiatan harian mereka pada Jun lalu, diumpamakan perompak sedang menjadi polis dunia.

Melalui perkongsian peristiwa berlaku itu disusuli kemunculan mereka dalam liputan media, secara langsung membolehkan Mohammed dan Muna El-Kurd menunjuk gambaran sebenar kezaliman Israel kepada dunia tentang kehidupan tertindas bawah penjajahan Israel di Baitulmuqadis Timur.

“Pendedahan itu sekaligus telah mengubah pandangan dunia terhadap konflik berlaku di antara Israel dengan Palestin,” kata Majalah TIME.


MUNA bergambar berlatar runtuhan masjid di kawasan penempatan rakyat Palestin.

Mohammad dan Muna El-Kurd dalam catatan dimuat naik di Twitter berkata, walaupun nama mereka berjaya berada dalam senarai adalah positif namun ia tidak mencukupi untuk menyokong perjuangan hak rakyat dan negara Palestin yang berdaulat.

Sebelum itu, Ketua Pengarang Majalah TIME Edward Felsenthal menyifatkan, tersenarai 100 orang berpengaruh menonjolkan pemimpin luar biasa di seluruh dunia terlibat dalam menjadikan bumi sebagai tempat tinggal bagi masa depan yang lebih baik.

Selain pejuang rakyat, senarai itu turut mengetengah pelbagai individu meliputi segenap bidang termasuklah peguam hak asasi Iran, Nasrin Sotoudeh yang dibebaskan tahun lalu selepas ditahan dan dipenjarakan 38 tahun serta disebat 148 kali dalam usahanya memperjuang hak wanita di Iran.

Turut disenarai ialah pengasas bersama Taliban Mullah Abdul Ghani Baradar, yang baru-baru ini dinamakan sebagai pemangku Timbalan Perdana Menteri Afghanistan selepas kumpulan itu telah menguasai semula negara tersebut.

“Abdul Ghani disifatkan seorang yang pendiam, sangat berahsia kerana jarang sekali memberikan kenyataan akhbar dan juga temubual.

“Beliau juga mewakili golongan lebih sederhana dalam Taliban yang ditugaskan membantu bagi meraih sokongan serta bantuan kewangan yang diperlukan daripada pihak Barat,” kata wartawan Pakistan, Ahmad Rashid.

Majalah berkenaan turut menyenaraikan Putera Harry dan juga isteri, Meghan dari keluarga diraja British yang kini memilih menjadi orang biasa dan menetap di California, penyanyi pop dari Amerika Syarikat Britney Spear dan gimnastik AS, Simone Biles yang pernah merqih empat pingat emas dan lima kali gelaran juara dunia.

Senarai 200 pemimpin berpengaruh juga dilampir dengan menyenaraikan tokoh politik AS seperti Joe Biden, Timbalannya Kamala Harris dan bekas Presiden Donald Trump antara calon terpilih.

Leave a Reply