Penyelesaian hutang jutaan ringgit Rina Harun, tiada elemen rasuah – PM

Hebahkan !!!

HASIL sasatan dijalankan ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga& Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, mendapati tiada sebarang elemen rasuah dalam kes penyelesaian hutangnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hutang jutaan ringgit melibatkan Rina dengan sebuah syarikat penerbitan berpangkalan di Paris, itu tidak melibatkan rasuah.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh meminta PM nyatakan status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumber dana penyelesaian hutang milik Rina.

Pada Julai, 5 Ahli Parlimen pembangkang menggesa SPRM mendedahkan hasil siasatan itu dan persoal bagaimana Ahli Parlimen Titiwangsa itu mengumpul kekayaan dalam tempoh singkat seterusnya melunaskan hutangnya.

Kelima-lima Ahli Parlimen terbabit turut setuju, perkara itu tidak mungkin mampu dilaksana jika berdasarkan senarai aset diisytiharkan Rina lebih setahun lalu, mendorong laporan dibuat kepada SPRM bagi menyiasat sumber dana diguna untuk melangsai hutangnya pada Februari lalu.

Rentetan tanggungan hutang, Rina juga Ketua Wanita Bersatu, mendapat notis bankrap akibat gagal membayar syarikat penerbitan Perancis, Novovision bernilai RM1,340,642.02 setakat 17 November 2020.

Berdasarkan latar kes itu, Rina sebagai Pengarah Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd yang kini sudah ditutup, membeli hak penyiaran program komedi dan dokumentari syarikat terbabit.

Rina bersama seorang pengarah syarikat, Ida Rahayu Md Noor telahpun memeterai perjanjian jaminan pada Mei 2014 dengan Sarl Novovision, akan menanggung semua liabiliti tiga syarikat itu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat itu telah menamatkan operasi antara Disember 2013 hingga Ogos 2015.

Sumber: FMT Online

Leave a Reply