10 dituduh di mahkamah, seorang dipenjara – Palsukan sijil vaksin

Hebahkan !!!

 

 

SETAKAT ini seramai 10 individu telah dikenakan pertuduhan di mahkamah atas kesalahan memalsukan sijil suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri  1, Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said ketika menegaskannya berkata, daripada jumlah tersebut, seorang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara.

“Yang telah dituduh ada 10 orang dan yang telah didapati bersalah satu orang setakat ini.

“Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Kelantan dan Perak masing-masing satu, Melaka dan Sabah (dua), Sarawak (4) menjadikan jumlahnya 10 orang, dan seorang pesalah yang ditelah dihukum penjara itu adalah kes di Sarawak,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab pertayaan Shaharizukirnain Abdul Kadir (PN- Setiu) yang meminta menteri menjelskan berhubung tindakan ke atas golongan memalsukan sijil suntikan vaksin.

Leave a Reply