Azalina pengerusikan sementara sidang dewan

Hebahkan !!!

SPEAKER Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menggunakan Aturan Mesyuarat 7(3) bagi membolehkannya meminta Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mempengerusikan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Azalina ketika mempengerusikan sidang berkata, dirinya hanya menggantikan Azhar buat sementara waktu.

“Ini sementara sahaja, muta’ah sekejap sahaja. Ini mengikut Aturan Mesyuarat 7(3),” kata Azalina secara berseloroh merujuk istilah perkahwinan kontrak ketika ditanya oleh Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Perkara itu menarik perhatian beberapa lagi ahli Parlimen untuk bertanya mengenai situasi yang jarang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

“Seseorang ahli dewan boleh diberikan kuasa oleh Yang di-Pertua sehingga Yang di-Pertua kembali,” menurut klausa aturan tersebut.

Leave a Reply