Tolak vaksin – Rita tidak kisah jika tak dapat job

Hebahkan !!!

 

 

PELAKON Rita Rudaini menerusi hantaran di akaun Instagram Story memaklumkan ada rakan artis telah menabur fitnah dengan mendakwa kononnya dia sedang menjalani penggambaran walaupun belum mengambil vaksin.

Menurut Rita, dia kini sedang bersenang-lenang di rumah dan menjalani aktiviti kehidupan harian seperti biasa.

Dalam catatan panjang itu, dia berpesan kepada rakan artis berkenaan tidak perlu risau ketentuan rezeki kerana segalanya ditetapkan oleh Allah S.W.T.

“Ada rakan industri fitnah cakap tengah shooting. Saya tak ambil vaksin, kecoh dok menjaja. Alahai sabarla wahai teman jangan takut dengan rezeki awak. Rezeki awak dengan rezeki saya tak sama. Tuhan dah asingkan dah. Tak payah nak berebut wahai teman,” tulisnya.

Ujar pelakon teledrama Shah Alam 40000 itu lagi, dia tidak kisah dan terima dengan hati terbuka jika namanya digugur dari mana-mana produksi kerana keengganan mengambil vaksin.

Tambahnya, dia percaya rezeki tuhan tetapkan dan sekalipun drama 100 episod namanya akan digugur pun, diterimanya kerana Allah sudah tulis macam itu.

“Jadi percayalah, apa yang dengki sangat dengan saya. Masing-masing rezeki Allah sudah tetapkan tidak perlu berebut mengenainya,” kata Rita.

 

 

Terdahulu, Rita telah membuat kenyataan berani apabila mengakui enggan mengambil vaksin dan tegas mempertahankan haknya untuk tidak ambil suntikan pelali COVID-19 itu.

 

 

Sebelum ini, Rita menyokong kenyataan pelakon Lana Nordin menggesa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah segera meletakkan jawatan gara-gara kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat saban hari.

Katanya, setiap individu mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mengenai apa-apa isu, namun janganlah hanya kerana Lana selebriti, kenyataannya sengaja diperbesarkan netizen.

“Pendapat yang diutarakan Lana itu juga jelas berdasarkan pemerhatian sepanjang dua tahun pandemik COVID-19 melanda negara,” ujarnya

Leave a Reply